Khamis, 11 September 2014

Kenyataan media Ketua Puteri UMNO Malaysia, YB @EmySamsudin berkenaan isu soalan UPSR bocor:




Isu soalan UPSR bocor. Puteri UMNO kesal dengan kejadian tersebut dan menggesa kerajaan bertindak tegas kepada mereka yang bertanggung jawab dan kenakan hukuman setimpal kepada mereka.

Kejadian ini bukan saja menjejaskan emosi dan menimbulkan kekecewaan kpd calon2 yg menduduki UPSR, para guru dan ibu bapa tetapi merugikan negara.

Dakwaan wujudnya kejadian soalan bocor sering berlaku setiap kali peperiksaan nasional berlangsung setiap tahun. Namun tidak ada bukti kukuh serta laporan rasmi dibuat sehinggalah kejadian tahun ini yang melibatkan subjek Sains UPSR. Puteri berharap pihak berkuasa turut menjalankan siasatan tentang  kemungkinan kebocoran turut melibatkan subjek2 lain.

Puteri juga menggesa Lembaga Peperiksaan dan MOE mengambil langkah lebih ketat termasuk melihat semula prosedur pengurusan kertas soalan peperiksaan agar kejadian seperti ini tidak  berulang.

Dengan perkembangan teknologi ICT yg makin canggih sekarang mungkin prosedur itu perlu disemak bagi mengelak pihak tak bertanggung jawab membocorkan soalan2 sedemikian.

Kejadian spt itu tak akan berlaku jika semua pihak yg terlibat menguruskan kertas2 peperiksaan itu dgn penuh bertanggung jawab, amanah dan berintegriti.

Sedikit sahaja tanggung jawab dan amanah ini dicabul ia jelas memberikan kesan negatif kpd banyak pihak baik murid2, guru, ibu bapa bahkan negara.

Bayangkan jika soalan2 ini bocor dan tak disedari ia sudah pasti merugikan murid2 itu sendiri kerana tidak guna memperoleh keputusan cemerlang jika ia disebabkan memperoleh soalan bocor.

Mas Ermieyati Samsudin Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia