Khamis, 11 September 2014

Soalan UPSR bocor menggegarkan negara.



Biasa kita dengar soalan SPM atau MCE untuk pelajar Tingkatan 5 yang bocor dan memaksa pelajar atau calon menduduki kertas ujian semula.

Setelah soalan Sains disahkan bocor oleh Lembaga Peperiksaan pada 10 September 2014 menyebabkan calon terpaksa menangguh kan kertas tersebut yang dijadualkan hari ini 11 September 2014 pada jam 8.15 pagi hingga 9.30.

Tiba-tiba hari ini juga Lembaga Peperiksaan mengesahkan bahawa soalan Bahasa Inggeris juga bocor.  Oleh itu, seramai 473, 175 calon terpaksa menduduki semula kertas Bahasa Inggeris 1 dn 2 pada satu tarikh lain. Kebocoran kertas Bahasa Inggeris telah diumumkan oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh sebentar tadi.

Maka, timbulkan pelbagai soalan mengenai siapakah yang bertanggung jawab dalam membocorkan soalan tersebut?

Kini usaha polis untuk menyiasat perkara ini mungkin tidak lah rumit kerana ia mula di kesan oleh Lembaga Peperiksaan melalui maklumat dari WhatApp yang beredar di alam maya. Ia bukan lah dalam bentuk hard copy tetapi soft copy. Oleh itu amat mudah untuk polis dan skmm bertindak.

Langkah Mencegah Kebocoran

Pertamanya ialah setiap soalan hendaklah disediakan lebih dari satu set. Jika bocor set kedua boleh digunakan. Akan tetapi soalan tersebut tidak boleh disimpan di bilik kebal tetapi disimpan di bilik kebal peringkat negeri samada di Jabatan Pendidikan Negeri atau di Ibu Pejabat Polis Negeri.

Kedua ialah di setiap bilik kebal peringkat Daerah atau Kawasan perlu dipasang CCTV untuk memantau pergerakan Ketua Pengawas yang menguruskan kertas tersebut beberapa minggu sebelum peperiksaan.

Ketua Pengawas akan pergi ke bilik kebal untuk operasi buka kotak dan menyusun soalan di rak mengikut hari peperiksaan. Ketika ini lah kemungkinan besar kes kebocoran berlaku. 

Dengan kemudahan telefon atau smart phone kertas soalan boleh dibuka dan dirakam gambar keseluruhan soalan dengan menggunakan kamera resolusi tinggi seperti android.

Tambahan pula jika Pengawas Kawasan tidak memberi perhatian penuh kepada kerja pengawasan betul-betul atau  memberi kepercayaan penuh kepada ketua pengawas untuk membuka kotak.

Ketiga ialah Guru Besar atau GPK  sekolah perlu diberi kuasa sebagai saksi untuk melihat sarung plastik yang berisi kertas soalan dalam keadaan baik dan tidak koyak atau rosak. Hari ini hanya dua calon Upsr yang menjadi saksi dan menurunkan tanda tangan pada sampul plastik soalan. 

Soalan bahasa Inggeris sering di perkatakan bocor namun tidak ada bukti kukuh yang membolehkan kertas tersebut disahkan bocor.

Tahun-tahun lalu kertas bahasa Inggeris dibuat pada hari Ketiga tetapi tahun ini dibuat pada hari pertama. Dahulu biasanya pada waktu petang guru-guru bahasa Inggeris akan memanggil pelajarnya untuk ulang kaji terakhir dan biasanya apa yang diulang kaji kan itu adalah tepat atau sama dengan soalan keesokan harinya.  

Berbalik kepada soalan SPM dan MCE yang bocor di tahun-tahun 70an sememangnya berlaku. Jika tidak bocor mana mungkin seorang calon berbangsa cina yang tak reti berkomunikasi dalam bahasa melayu dengan baik boleh mendapat A2 dalam subjek tersebut. Sudah tentu berlaku kebocoran soalan atau kebocoran jawapan.

sekian buat ketika ini.