Khamis, 11 September 2014

UPSR Bocor : Guru dari Perak kena tahan polis



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengenal pasti individu yang bertanggung jawab menyebarkan soalan UPSR bagi subjek Bahasa Melayu Penulisan, Matematik dan Sains di laman-laman sosial.

Individu tersebut yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah kebangsaan di Perak telah ditahan untuk siasatan lebih lanjut. 

Difahamkan juga, sekolah tersebut merupakan sekolah yang terletak di pedalaman negeri ini. Disebabkan kedudukannya yang jauh di pedalaman, kertas-kertas soalan UPSR telah sampai di pusat-pusat peperiksaan di kawasan tersebut sehari lebih awal daripada tempat-tempat lain. 

Guru tersebut telah memanipulasikan keadaan ini dengan bertindak mengambil gambar soalan tersebut dan menyebarkan gambar-gambar itu melalui aplikasi whats app. 

Dalam kes berkaitan, peperiksaan UPSR bagi kertas Sains terpaksa di tangguhkan kepada tarikh 30 September 2014 disebabkan kebocoran soalan di laman-laman sosial yang tidak dapat dibendung lagi. 

Selain itu, pihak SPRM juga mengingat kan kepada orang ramai agar berhenti melakukan aktiviti penyebaran ini kerana ianya akan memberikan kesan buruk kepada mental murid-murid terlibat.

Perkara ini diumumkan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, sebentar tadi.