Rabu, 8 April 2015

Demo 604 buat Adun Dap kecut perut



Kebiadapan Adun Dap dan sekutunya yang memakai baju berwarna hitam dalam majlis perasmian sidang Dun Perak minggu lalu yang berlangsung pada 31 Mac 2015 telah mengundang kemurkaan DYMM Tuanku Sultan.

Keesokan harinya satu bantahan kecil-kecilan telah diadakan oleh beberapa NGO di hadapan pintu masuk SUK. Dalam bantahan tersebut dilihat sebagai bantahan rakyat Perak terhadap Dap yang menjadi dalang utama menghasut adun lain memakai baju berwarna hitam.

Peserta bantahan tersebut turut disertai oleh kaum Cina dan India tetapi tidak ramai.

Dalam bantahan itu beberapa Adun Dap tidak berani masuk melalui pintu utama dan mereka mengekori menteri besar yang masuk ke dalam kawasan SUK melalui pintu belakang.

Difahamkan salah seorang Adun Dap telah membuat laporan kononnya keretanya ditendang oleh peserta bantahan. Mereka juga membawa usul keselamatan mereka untuk dibahaskan dalam persidangan.

Pada Isnin lepas bersamaan 6 April, hari terakhir persidangan, bantahan kedua lebih besar jumlah pesertanya.

Dilaporkan bahawa bantahan pada 6 April melebihi seribu orang dan jumlah bukan melayu juga bertambah. Syabas kepada mereka yang berani muncul untuk mengutuk kebiadapan Dap dan sekutunya.

Dalam sidang media, menteri besar memaklumkan bahawa adun Dap telah menyuarakan dan kebimbangan mereka terhadap demonstrasi tersebut, maklumlah bila tamat persidangan mereka akan lalu di hadapan lebih 1000 orang atau lebih.

Jelas lah bahawa Adun Dap adalah samseng tahi kucing, dalam dewan berani menghina Raja dan mencaci pemimpin dan melayu. Hakikat nya mereka sememangnya bacul.

Keengganan mereka untuk memakai pakaian istiadat jelas sekali menunjukkan mereka tidak menghormati undang-undang dan peraturan.

Dalam kad jemputan telah ditulis tentang adab berpakaian, tetapi demi menunjukkan sikap angkuh mereka, sikap sombong mereka, mereka hadir dengan pakaian hitam melambang akan bahawa mereka berkabung.

Berkabung untuk Anwar Ibrahim dan ahli parti mereka yang ditahan oleh polis kerana membuat demonstrasi di Kuala Lumpur.

Dato Seri Tajuddin Rahman menyifatkan mereka sebagai kumpulan yang menolak undang-undang dan peraturan. Apabila menang kes mahkamah ia adalah undang-undang rakyat, apabila tewas kerajaan dianggap zalim dan BN mencampuri urusan mahkamah.

"Jika begitulah sikap mereka lebih baik masuk hutan dan guna undang-undang rimba. Tutup mahkamah, tamatkan tugas hakim dan tutup majlis peguam" kata Tajuddin sewaktu ditemui di Casuarina Meru pada 31 Mac lalu.

Dap yang didominasi oleh fahaman rebellion komunis harus mengingati kembali perjanjian datuk nenek mereka dahulu untuk menjadi warga negara Malaysia.

Kontrak sosial yang dinamakan jus soli itu antaranya ialah, kaum India, Cina dan lain-lain rakyat British yang dibawa masuk oleh mereka untuk bekerja di estet dan lombong bijih hendaklah menjadi warga negara dan mereka hendaklah. ....
  1. Menghormati orang melayu dan raja raja melayu.
  2. Menghormati dan memahami adat dan istiadat orang melayu
  3. Boleh bertutur bahasa melayu, jika tidak boleh bertutur, mereka hendaklah belajar bersungguh sungguh. 
  4. Menghormati Islam sebagai agama rasmi negara.

Hari ini nampaknya mereka sudah lupa akan semua janji datuk nenek mereka.

Ramai yang bersikap kurang ajar terhadap orang melayu dan raja raja melayu.

Berani memperlekeh akan agama islam, berani mempertikai akan bunyi azan subuh. Berani menghina dan ingin menjatuhkan raja.

Jika diteliti perangai haram jadah mereka, wajar lah mereka dihalau dari bumi malaysia.

Sekian dan bersambung. ...

http://taipingmali.blogspot.com/2008/09/british-adalah-pemerintah-tanah-melayu.html