Selasa, 1 Mac 2016

Harga Barang Ketetapan Allah, Bukan Ketetapan Rafizi Ramli

Hari ini YB Rafizi Ramli panas telinga dan sakit mata.  Segalanya berpunca daripada teori harga minyak yang diwar-warkan nya sebelum ini tidak menjadi,

Dalam beberapa Group WhatApps hari ini semua bertanya soalan kepada beliau mengenai harga barang yang tidak turun walaupun harga bahanapi sudah 3 kali turun.

Rafizi terpaksa left group semua group yang disertainya, pun begitu tindakan admin-admin group menambah kembali dan setiap kali ditambah setiap kali dia keluar dan akhirnya admin telah diblocked seperti mana beliau block orang yang menyerang beliau di facebook dan twitter.

Ternyata Rafizi hanya berani berdebat atas pentas sendiri tetapi takut bila berada dipentas lawan.

Kalau kita lihat debat politik beliau dengan beberapa tokoh Umno ternyata Rafizi bukan  lah seorang yang hebat.

berikut ialah petikan daripada email UFB

Teringat Rafizi Ramli kata nak turunkan harga barang perlu turunkan harga minyak. Satu kenyataan yang berani dan seolah-olah beliau menjadi jurucakap bagi pihak Allah.

Berapa kali sudah harga minyak turun di Malaysia namun harga barang tidak juga turun. Di mana janji Rafizi Ramli? Berapa kali lagi harga minyak perlu turun untuk menurunkan harga barang?

Benarlah kata-kata Dr Fathul Bari yang menyatakan harga barang ketetapan Allah yang mana ia dipetik dari hadis Nabi, dan masa yang berlalu telah membuktikannya.

Mereka yang tidak beriman dengan hadis Nabi troll dan melekehkan ucapan Dr Fathul Bari sebelum ini tentang harga barang. Tanpa disedari mereka sebenarnya sedang melekehkan hadis Nabi.

Apa pun, Alhamdulillah. Harga minyak turun lagi. Tidak perlu demo dan tidak perlu tiru method Khawarij pun untuk tunggu harga minyak turun. Cukuplah dengan berdoa dan bersabar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan