Khawarij moden tak perlu apply. Mereka boleh beli rumah 350k di kawasan lain. Maklumlah, kerajaan kan zalim.
Antara cara beli rumah murah tanpa riba dan secara tunai adalah dengan mengeluarkan simpanan KWSP.
Saya akan cuba kongsikan details yang saya tahu berkenaan jumlah yang perlu dikeluarkan oleh pembeli.
Bayaran yang perlu dibuat bagi yang ingin membeli secara tunai:
A. Harga Seunit Rumah = RM35,000
B. Pembayaran Maintenance 36 bulan = RM1,800 (lebih kurang)
C. Deposit TNB & SYABAS = RM340 (lebih kurang)
D. Yuran Guaman = RM1,050 (lebih kurang)
Jumlah: RM38,190
Untuk melayakkan pembelian rumah menggunakan KWSP perlulah membayar deposit kepada pengurusan sebanyak 20%. Ini syarat yang KWSP tentukan, bukan pihak pengurusan. Simpan segala dukumen berkaitan untuk diserahkan kepada pihak KWSP nanti.
Jadi jumlah deposit yang perlu dibayar adalah:
A. 20% Harga Seunit Rumah = RM7,000
B. Pembayaran Maintenance 36 bulan = RM1,800 (lebih kurang)
C. Deposit TNB & SYABAS = RM340 (lebih kurang)
D. Yuran Guaman = RM1,050 (lebih kurang)
Jumlah: RM10,190
Bayaran perlu dibuat kepada pihak guaman. Tunggu jawapan dari pihak guaman.
Selepas itu dokumen perlu diserahkan kepada pihak KWSP dan apabila lulus, pihak KWSP akan mengeluarkan jumlah keseluruhan harga rumah dari akaun 3 dan membayar baki jumlah kepada pengurusan/guaman dan selebihnya akan dimasukkan ke akaun pembeli.
Bagi mereka yang sudah berkahwain, boleh menggabung akaun 3 pasangan anda.
Dan selepas itu anda layak menduduki rumah idaman anda. Walaupun kecil tetapi berkah tanpa riba, InsyaAllah.
Persoalannya, bagaimana cara mendapatkan RM10k. Saya faham, perkara ini mungkin agak sukar, tetapi tidak mustahil. Anda oleh cuba pinjam dari saudara mara, sahabat handai atau majikan.
Pinjam sorang seribu, cukup 10 orang boleh dapat 10k. Anda boleh membayar kepada meraka semula setelah anda mendapat wang dari KWSP. Tetapi perlulah diperjelaskan kepada mereka kerana proses membeli rumah agak lama. Takut berlaku salah faham, anda juga yang akan mendapat susah. Mesyuarat adalah jalan yang terbaik.
Ini salah satu cara. Mungkin anda ada cara yang lain, bolehlah dikongsikan sekali untuk dimanfaatkan kepada orang ramai.
Yang pentingnya kita tidak membuat pinjaman di bank dan menanggung dosa riba. Dosa riba bukan kecil, ianya amat besar sehingga Allah dan Rasul mengisytiharkan perang terharap mereka yang mengamalkan riba.
Tapi bagi mereka yang berjimat cermat dan menyimpan, mungkin ini bukanlah masalah besar bagi mereka.
Yang penting jangan lupa berdoa. Kadang kala kita lupa minta pada Allah yang boleh beri apa sahaja. Semoga dipermudahkan. Barakallahufikum.