Selasa, 21 Jun 2016

Baik nya kerajaan pimpinan Najib

Sejumlah RM56 juta hutang air negeri Kelantan akan dihapus kira oleh Kerajaan Persekutuan di bawah penstrukturan semula perkhidmatan bekalan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Menurut Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), baki hutang RM604.5 juta daripada RM777 juta pula akan distruktur semula dengan tempoh bayaran balik dipanjangkan sehingga 45 tahun.

KeTTHA dalam kenyataan akhbar selepas taklimat tertutup mengenai penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan AKSB berkata, jumlah bayaran hutang kerajaan negeri juga akan berkurangan daripada RM3.3 juta sebulan kepada RM1.55 juta sebulan.

Penstrukturan semula itu dibuat dengan kerjasama Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

AKSB akan kekal sebagai pengendali bekalan manakala PAAB dan SPAN berperanan sebagai pelabur dan pemegang amanah.

Ia juga menyasarkan peningkatan  jumlah akaun pengguna sebanyak 1.2 kali ganda daripada 238,000 akaun yang ada sekarang dalam tempoh tiga tahun.

Dengan penstrukturan semula itu, Kerajaan Persekutuan menyasarkan untuk meningkatkan bekalan air luar bandar daripada 55 kepada 75 peratus dan mengurangkan air tidak berhasil daripada 49 kepada 35 peratus.