Selasa, 21 Jun 2016

Masjid Lim Guan Eng



Menerima satu info (berbau Khawarij) dalam group whatsapp tentang penubuhan masjid baru di Pulau Pinang yang kononya dibina oleh kerajaan Lim Guan Eng dan dalam masa yang sama memperlekehkan Perdana Menteri. Berikut adalah respon ringkas saya:

1. Beratus masjid telah dibina oleh kerajaan malah telah terbina banyak masjid sebelum wujud kerajaan DAP pun. Jika bina satu masjid dipuja dan dipuji sebegitu rupa, maka adalah lebih layak kerajaan Islam sedia ada dipuja dan dipuji dari kerajaan Lim Guan Eng.

2. Pembinaan masjid oleh parti kafir bukanlah satu alasan untuk memuliakannya lebih dari orang Islam. Orang Islam tetap lebih mulia dengan tauhidnya kepada Allah. Sepatutnya kita sudah khatam bab Al wala' wal bara'.

3. Berlumba-lumba bina masjid sangat dituntut. Tapi adakah dituntut bermegah-megah dengan siapa yang bina masjid itu? Setahu saya ia dilarang dan semoga tidak menjadi debu di 'timbangan' nanti.

4. Ini bukanlah masjid pertama dibina oleh orang kafir. Zaman Nabi juga pernah berlaku. Rujuk peristiwa pembinaan Masjid Dhirar. Bukanlah nak kata masjid tu masjid dhirar tapi jika buat masjid untuk orang Islam lebih berpecah, dah ada satu ciri-ciri tersebut bukan?

"Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudaratan (pada orang-orang Mukmin), untuk kekafiran dan memecah belah antara orang-orang Mukmin serta menunggu kedatangan orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah, "kami tidak menghendaki selain kebaikan." Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya)." [at-Taubah/9:107]

5. Tahniah di atas penubuhan masjid baru. Namun cabaran yang baru bermula adalah dengan mengimarahkannya. Semoga menjadi masjid sunnah yang tiada syirik dan bidaah di dalamnya. InsyaAllah.

6. Bulan Ramadhan kita hentikanlah sindir-menyindir, menyebabkan kemarahan atau membangkitkan permusuhan. Berpuasalah.. jika tidak mahu berpuasa pun, janganlah merosakkan puasa orang lain dengan sindiran-sindiran dan provokasi anda.

"Seorang muslim adalah seseorang yang orang muslim lainnya selamat dari ganguan lisan dan tangannya" [HR Bukhari no. 10]

Taqabbal allahu minna wa minkum. Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu.

https://www.facebook.com/abuaqifstudio/posts/891179304324266



Sent from Samsung tablet.

1 ulasan:

  1. hrp lim guan eng, si cina kapir kotor jijik ini dpt hidayah kembali pd Islam.
    atau jika dia tk dpt hidayah, Tuhan akan lingkupkna dia dengan penuh hina.

    usah pancing umat Islam dgn tipu helah.. ala masjid Dhirar utk jdkan markaz menjahanamkan Aqidah dan perpecahan umat Islam.

    kita mesti pantau aktiviti masjid ini lps ini apakah dibwh telunjuk sesiapa atau ia bebas sbg sebuah rumah Allah SWT yg akan menegakkan Syiar Allah.

    BalasPadam