Selasa, 21 Jun 2016

Zuraida hidup mewah kerana rakyat

Pada 10 April 2015, gaji ahli parlimen di Malaysia telah naik dari RM11,000 ke RM16,000. Turut menikmati kenaikan ini adalah Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang.

Gaji Zuraida adalah RM16,000 sebulan tetapi mampu memiliki 9 kenderaan. Berapa anggaran nilai kenderaan Zuraida?

1) Mercedes Benz S280 –
     Nilai 85,000 Sebulan (7 thn) RM1,011
2) Toyota Vellfire
     Nilai 300,000 Sebulan (7 thn) RM3,571
3) Mercedez Benz C200
     Nilai 248,000 Sebulan (7 thn) RM2,952
4) Toyota Fortuner 2.5G
     Nilai 180,000 Sebulan (7 thn) RM2,142
5) Honda Civic Hybrid
     Nilai 80,000 Sebulan (7 thn) RM952
6) Demak Ex90
     Nilai RM1,800
7) Toyota Hilux 3.0 G
     Nilai 100,000 Sebulan (7 thn) RM1,190
8) Toyota Hilux 2.5
     Nilai 90,000 Sebulan (7 thn) RM1,071
9) Volvo XC90 2.5
     Nilai 320,000 Sebulan (7 thn) RM3,809

    Jika bank kenakan 3.5% maka akan jadi
     RM17,286 sebulan

Komitmen untuk kenderaan sahaja sudah RM17,286 sebulan. Lebih RM1,286 daripada gajinya sebagai ahli parlimen.

Zuraida tinggal di Ampang, anggaran harga rumah di Ampang adalah antara RM800,000 – RM1,500,000. Andaikanlah rumah itu hanya berharga paling minima RM800,000.

Dengan faedah bank sebanyak 5%, dengan pinjaman 25 tahun maka jumlah komitmen bulanan untuk rumah sahaja adalah RM2,800 sebulan.

Zuraida mempunyai pemandu dan pembantu rumah. Anggaran sebulan adalah RM1,500 untuk pemandu dan RM1,000 untuk pembantu rumah.

Zuraida juga punyai komitmen lain untuk saraan anak dan keluarga, anggarkan ianya berjumlah RM2,000 sebulan untuk uruskan nafkah anak, tuisyen, pakaian dan lain lain.

Zuraida juga mesti perlu membayar langganan Astro (family pack) sekurang kurang RM150 sebulan. Telefon bimbit (dianggar dua) RM300 sebulan. Belum masuk insurans untuknya dan keluarga, sekurang kurangnya RM800 sebulan. Bil air, elektrik rumah dianggar cecah RM500 sebulan.

Zuraida juga punyai pejabat ahli parlimen di Ampang, sekurang kurangnya sewanya RM1,500 sebulan. Bil air dan elektrik pejabat mungkin cecah RM300 sebulan.

Jadi berapa jumlah semua komitmen Zuraida sebulan?

Semuanya menjadi RM28,136 sebulan. Itu belum dikira duit minyak untuk lapan keretanya dengan kos servis setiap bulan?

Andainya satu kereta Zuraida isi minyak RM50 selama tiga hari dan servis RM300 sebulan satu kereta. Berapa jumlahnya? Jumlah RM6,400 sebulan.

Oleh itu, jumlah komitmen Zuraida sebulan adalah RM34,536 sebulan?

Tidak pelik Zuraida mampu memiliki kereta 8 buah ini, mungkin Zuraida mendapat sumber sumber lain agaknya.

Ini kerana jumlah itu sudah negatif RM18,536 berbanding gajinya sebagai seorang ahli parlimen hanya RM16,000 sahaja sebulan.

Untuk membantu netizen menyelesaikan masalah kos sara hidup yang tinggi di Malaysia, mungkin Zuraida boleh jelaskan kepada rakyat Malaysia bagaimana beliau mampu survive dengan komitmen bulanan RM34,536 seperti itu?

Gaji MB Selangor pun RM25,000 sebulan, nampaknya Zuraida lebih tinggi gajinya dari MB Selangor?

Ramai netizen ingin tahu bagaimana Zuraida menguruskan kewangan dengan cara yang betul dan bijak. Rahsia ini perlu dikongsi bersama.

Zuraida silalah kongsikan rahsianya…mungkin Zuraida ada income lain hasil jual buah dan kuih yang tidak diketahui oleh rakyat Malaysia.

Jika tidak benar, Zuraida harus tampil menafikan anggaran RM34,536 ini dan memberikan data sebenar komitmen bulanannya.

Dengan komitmen yang tinggi ini, Zuraida boleh dikatakan seorang ahli parlimen yang paling berjaya di Selangor.

Lebih bijak dari Rafizi Ramli. Bijak menguruskan kewangan dengan berhemah dan berjimat cermat.

Sumber : Captain M