Selasa, 7 Jun 2016

Calon Pas Dr Najihatussalehah kantoi 3 perkara #KEKALBN #PRKKUALAKANGSAR

stesen KTM yang canggih

banjir 2014

Jambatan Sultan Azlan Shah


Kelmarin , calon Pas di PRK Kuala Kangsar telah memberitahu akhbar bahawa manifesto nya hanyalah membaiki sistem perkhidmatan awam di Kuala Kangsar yang dilihatnya lemah dan tidak efisien. Sistem yang ada tidak selamat dan membahayakan pengguna.

Katanya, penduduk luar bandar terpaksa menggunakan bot penambang yang beroperasi di Sungai Perak untuk berurusan di bandar. Bot penambang tidak efisien kerana tidak mempunyai jadual tetap.

Selain itu, Dr Najihatussalehah juga mengkritik bas awam yang lemah perkhidmatannya terutama bandar dalam bandar dan beliau juga akan membaiki segala kemudahan awam untuk pastikan ianya selamat dan diuruskan dengan baik oleh pihak PBT.

Apa yang ditimbulkan oleh Dr Najihatussalehah adalah tidak tepat dan tidak berasas.

Kuala Kangsar hari ini mempunyai sistem pengangkutan yang cukup baik. Jika 40 tahun lalu penduduk Sayong jika mahu ke bandar hanya ada satu pilihan sahaja iaitu bot penambang, kini mereka sudah ada Jambatan Sultan Azlan Shah yang dibuka pada 17 September 1987.

Ia memudahkan penduduk yang rata-ratanya memiliki kenderaan sendiri. Kini bot penambang tidak lagi digunakan, apa yang ada hanyalah untuk membawa pelancong yang bermula dari jam 11 pagi hinggalah 6 petang.

Jelas membuktikan bahawa Dr Najihatussalehah bukan anak tempatan yang memahami susur galur sejarah Kuala Kangsar.

Satu point besar yang calon Pas kantoi.

Hujah kedua beliau berkenaan perkhidmatan bas di Kuala Kangsar yang dikatakan lemah.

Untuk makluman Dr Najihatussalehah, bandar Kuala Kangsar sudah maju dan moden jadi pergantungan penduduk terhadap bas semakin berkurangan, pun begitu pihak kerajaan telah lama menyediakan frasarana yang cukup baik.

Terminal bas ekspres dan antara bandar disediakan, syarikat bas hari ini sememangnya telah lama mengurangkan jadual perjalanan nya kerana jumlah penumpang yang semakin merosot angkara kemakmuran yang disediakan oleh kerajaan barisan nasional.

Bas ekspres juga menyediakan perkhidmatan keseluruhan destinasi utama seperti ke Johor, Melaka Penang, Kota Bharu , Singapura dan lain-lain bandar.

Jadi calon Pas kantoi lagi kali kedua.

Seterusnya mengenai kemudahan awam yang akan dibaiki oleh beliau jika terpilih sebagai wakil rakyat.

Sedarlah sikit, tak kala bandar diraja dilanda banjir besar pada Disember 2014, kerajaan tempatan mengambil masa yang pendek sahaja untuk membaiki segala kemusnahan akibat bencana tersebut. Kini jika kita lihat di seluruh kawasan bandar tersebut seolah-olah tiada apa bencana yang berlaku 2 tahun lepas.

Cuba Dr Najihatussalehah lihat sendiri dari pintu masuk ke bandar di raja tersebut yang sentiasa bersih cantik dan menjadi tarikan pelancongan dalam dan luar negara.

Jadi sudah 3 perkara calon Pas ternanti.

Apa yang dapat dirumuskan ialah Dr Najihatussalehah tidak mengetahui dan mengenali Kuala Kangsar secara total.

Nasib baik dia tak kondem stesen keretapi yang tidak canggih, jika tidak nampak sangat kelemahan beliau.

Sebab itulah calon recycled Pas yang tidak mesra rakyat di N38 Belanja mesti ditolak oleh pengundi P67 Kuala Kangsar.