Selasa, 7 Jun 2016

Tipu muslihat Pan dan sekutu semakin busuk #KEKALBN #PRKKUALAKANGSAR #PrkSgBesar



Presiden (PAN), Mohamad Sabu mengakui memerlukan undi Pas di Kuala Kangsar bagi memenangkan calon Pakatan Harapan.( PKR, Pan dan Dap )

Malah katanya ahli-ahli parti lamanya itu tidak perlu keluar daripada parti itu untuk berbuat demikian.

“Tidak apa (tidak payah keluar Pas) kita nak undi ahli dia (Pas) sahaja..Insya Allah boleh..saya sudah jumpa ramai dah,” katanya ketika ditemui selepas berkempen di Sayong Lembah di sini malam tadi.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu itu berkata, itu sahaja cara jika mahu mengugugat Barisan Nasional dalam pilihan raya.

“Ahli Pas perlu undi PAN sebab Pas bersendirian tidak mampu pergi..saya tahu kerana saya terlibat lama kecuali ketika Pas bersama Pakatan Rakyat dahulu kita dapat Kedah, Selangor dan Perak,” ujarnya lagi.

Apa yang boleh disimpulkan ialah Pan masih lemah dan tidak yakin boleh menang. Seluruh Malaysia, Pan hanya memilih ahli 200 ribu orang sahaja, ini bermakna jumlah ahli Pan di Kuala Kangsar amat lah kecil.

Pan kini bergantung sepenuhnya kepada Dap untuk menang di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Nak harapkan ahli PKR pun tidak kerana PKR hanya mendapat sokongan Pas.

Sebab itulah Pas Selangor tidak gentar dengan ugutan Azmin Ali yang mahukan Pas tidak bertanding di Sungai Besar. Pas tahu bahawa tanpa Pas, Azmin Ali dan Khalid Ibrahim tidak dapat menjadi Menteri Besar Selangor.

Krisis PAS, PKR dan DAP akan berlarutan sehingga PRU 14, kemungkinan besar PKR akan berkubur terus. Ramai ahli PAN yang bermazhab Sunni akan kembali kepada PAS, PAN dan PKR akan bersatu dalam satu parti sahaja iaitu DAP.

Maka Malaysia akan semakin terdedah kepada ancaman luar termasuk penularan mazhab-mazhab lain selain daripada Sunni. Dengan kata lain Malaysia tidak lagi seperti sekarang. Pindaan perlembagaan akan berlaku, tiada lagi "ISLAM AGAMA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ".

Pilihan di tangan anda, fikir-fikirkan lah.