Rabu, 15 Jun 2016

Pas masih tidak fokus akan serangan PAN dan DAP #PrkSgBesar

Pas sudah ketinggalan zaman dan hilang  hala tuju, hilang fokus.  Masih nak menggunakan isu GST sebagai modal berkempen.

Sepatutnya Pas menyerang  PAN dan Dap dan menarik kembali pengundi dan penyokong Pas dalam  PRK kali ini.

Tidak hairanlah jika kerajaan Selangor tidak membantu Pas, sebaliknya menyokong PAN.

Calon Pas juga dikatakan cuba mengkhianati Pas, hari ini ada berita menyatakan majlis ulama Pas kecewa dengan calon Dr Rani yang menghadiri majlis iftar anjuran PAN.

Pas sebelum  ini cuba membuktikan mereka membawa politik matang nampaknya tidak menjadi kenyataan.

Apa salahnya Dr Rani pergi ke majlis PAN.  Itu menandakan beliau menyerap arahan untuk berpolitik secara matang.

Mengenai GST pula Pas tak perlu mempersoalkan nya. Ini kerana ramai peniaga kecil dan besar dan pengguna susah faham kenapa GST dilaksanakan.  GST dapat mengelakkan ketirisan cukai dan berjaya mengelak peniaga yang tamak haloba menipu kerajaan.

Selama ini dengan sistem kiraan lama peniaga sentiasa cuba untuk mengelak daripada membayar cukai pendapatan perniagaan dengan jumlah yang betul.

........................

SUNGAI BESAR-Naib Presiden PAS, Dato’ Iskandar Abdul Samad menggesa pengundi-pengundi kawasan Parlimen Sungai Besar menolak BN dan memberi undi mereka kepada calon PAS, YB Dr. Abdul Rani Osman.

“PRK Sungai Besar penting bukan sahaja untuk penduduk Sungai Besar atau Negeri Selangor tetapi untuk seluruh Negara,” ujar Dato’ Iskandar dalam kenyataannya kepada sidang akhbar hari ini.

Dato’ Iskandar berkata, PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar boleh dianggap sebagai satu referendum terhadap pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak. Sekiranya pengundi memberi kemenangan besar kepada BN maka kami bimbang BN akan menganggap rakyat telah memaafkan segala kesalahan-kesalahan mereka. Kami juga bimbang BN akan menganggap segala penyelewengan dan salahguna kuasa yang mereka lakukan telah mendapat restu rakyat.

“Seolah-olah isu-isu seperti 1MDB dan sumbangan 2.6 billion telah dilupakan oleh rakyat. Seolah-olah juga rakyat telah menerima perlaksanaan Good and Service Tax (GST) maka dengan itu akan terus berlaku penyelewengan dan salahguna kuasa”

“GST yang membebankan rakyat bukan sahaja akan diteruskan tetapi boleh dinaikkan kadarnya. Jika sekarang 6 peratus, tidak ada jaminan ia tidak akan dinaikkan sehingga 10 peratus seperti di Indonesia dan Vietnam jika BN menang besar,” jelas Dato’ Iskandar.

Dato’ Iskandar sekali lagi menegaskan para pengundi memberi undi kepada calon-calon PAS yang berupaya memperjuangkan nasib rakyat di dalam dan di luar Parlimen.

“Telah terbukti kemampuan PAS sejak sebelum merdeka di mana PAS telah menjadi suara rakyat. Ramai pemimpin-pemimpin PAS yang telah merengkok di dalam tahanan malah terkorban di dalam usaha mempertahankan masa depan kita,” tambah Dato’Iskandar.