Jumaat, 28 Oktober 2016

BERIBU AHLI PPBM BERSEDIA UNTUK KELUAR PARTI IKUT JEJAK KHAIRUDIN



TINDAKAN anak didik Tun Dr Mahathir Mohamed, Datuk Seri Khairudin Abu Hassan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) amat mengejutkan ramai penyokong bekas Perdana Menteri itu.

Masakan tidak, Khairudin yang dikenali sejak dahulu merupakan seorang 'budak suruhan' Mahathir yang amat setia sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita peribadi Pengerusi PPBM berkenaan.

Logik akal, kenapa seorang 'budak suruhan' bertindak keluar serta merta dari parti pemimpin kesayangannya melainkan pasti ada yang tidak kena dengan parti dan pemimpin berkenaan.

Walau apapun alasan yang diberikan kepada pihak media, yang pastinya tindakan Khairudin membuktikan di dalam PPBM sudah mula menular virus dan barah yang banyak 'memberi harapan palsu' buat ahlinya.

Tindakan Khairudin ini dikhabarkan telah menarik minat ribuan ahli PPBM yang lain untuk turut keluar parti. Walaupun mereka baru sahaja menandatangani borang keahlian parti pembangkang tersebut, namun menurut sumber-sumber dalaman yang ditemui penulis, mereka ini sudah tidak tahan dengan tindakan Mahathir dan Muhyiddin yang amat berbeza berbanding semasa mereka dalam UMNO dahulu. Tapi, tidak perlulah penulis ceritakan di sini.

Pada mula ceritanya, ribuan ahli PPBM berkenaan sudah lama berhasrat untuk keluar parti disebabkan kepincangan dalam parti, namun mereka berasa malu berbuat demikian lebih-lebih lagi kepada parti lama mereka yakni UMNO.

Ada 13 alasan mengapa mereka mahu keluar PPBM iaitu :

a) PPBM tidak boleh pergi jauh dalam PRU14.
b) Tiada pemimpin PPBM berpengaruh di negeri negeri
c) Ramai pemimpin PPBM tiada pengalaman
d) Ramai PPBM yang ada berpuak puak
e) Masing masing ada misi peribadi dan mahu kekayaan
f) PPBM gagal menjadi dominan dalam pembangkang
g) PPBM tidak mampu gantikan UMNO
h) PPBM akan pupus lagi cepat dari Semangat 46
i) PPBM berada bawah telunjuk DAP
j) PPBM sudah bersekongkol dengan peliwat (Anwar) dan perasuah (Guan Eng)
k) PPBM adalah tempat terkumpulnya mereka yang kecewa dalam politik
l) Secara purata umur pemimpin PPBM adalah 50an ke atas.
m) PPBM adalah parti tua dan tiada masa depan

Bagi mereka inilah masa paling sesuai untuk bertindak dengan menggunakan alasan 'mengikut jejak' Khairudin keluar parti, sedangkan mereka sebenarnya tidak mampu lagi untuk terus bersarang lama dalam sebuah parti yang bukan memperjuangkan anak bangsa sebenarnya, tetapi 'ada udang disebalik batu'.

Bagaimanapun, tarikh dan tempat untuk ribuan ahli PPBM itu akan keluar parti masih belum lagi diterima kerana dipercayai ia masih lagi dalam proses pengumpulan setakat ini.

Maklumat yang mengejutkan ini telah menjadi bahan bukti bahawa PPBM bukanlah sebuah parti yang ditubuhkan untuk perjuangan agama, bangsa dan negara; sebaliknya ia hanyalah berfungsi sebagai platform untuk cita-cita peribadi Mahathir menjelang fajar tahun 2020.

Apa impian Mahathir ketika fajar tahun 2020? Mungkin ramai orang tahu Wawasan 2020 adalah mahu menjadikan Malaysia sebuah negara maju sahaja. Namun tersiratnya jauh menjangkaui daripada itu. Perkataan 'wawasan' itu juga sebenarnya membentuk sebuah tanda tanya yang besar dan ia tersemat sebuah kehendak peribadi Mahathir yang amat tamak serta tidak patut.

Jadi, penulis mengucapkan selamat berhijrah kepada ribuan ahli PPBM yang sudah mula insaf dan bakal kembali ke pangkal jalan. Tahniah!

Tulisan :
Beruang



Sent from Samsung tablet.

3 ulasan:

  1. Tahniah beruang, ko membuktikan otak beruang memang kecik dan sempit, jangan jadi manusia, jadilah beruang belaan najib. 1beruang untuk 1mdb demi 1malaysia dan mo1.

    BalasPadam
  2. Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan tidak mahu tindak tanduknya dianggap mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebaliknya mewakili kumpulan Deklarasi Rakyat yang lebih menyeluruh dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti.

    BalasPadam
  3. KIHKIHKIH...................BERIBU-RIBU AHLI PPBM........??????
    Bukan ke korang kata, ini party cap bunga TAK LAKU............????
    KAHKAHKAHKAHKAHKAH.
    Mari ketawa, KIHKIHKIHKIHKIH

    BalasPadam