Ahad, 9 April 2017

BERITA PILIHAN HARI INI


1. KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia kini berada di ranking ke-11 dalam kalangan 138 negara dalam Indeks Persaingan Global 2016-2017 Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengenai bidang pengangkutan.

2. KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperkenalkan program Triple Plus bertujuan menyediakan platform kepada rakyat Malaysia menjana pendapatan menerusi produk PTPTN.

3. KUALA LUMPUR: Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2017 (MIHAS) menjadi platform terbaik untuk pakar teknologi tempatan dan antarabangsa bersemuka dengan pemain industri bagi memperkukuhkan industri halal di peringkat antarabangsa.

4.YAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia bersemuka di mahkamah sekiranya kerajaan Pulau Pinang meneruskan hasrat memfailkan saman terhadap suruhanjaya itu susulan dakwaan penemuan "maklumat mengejutkan" mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri itu.

5. SUNGAI PETANI: Rakyat diminta supaya terus bersatu menghadapi cubaan pihak tertentu yang ingin menggugat kemakmuran serta memburukkan ekonomi negara demi kepentingan sendiri.

6. KOTA BHARU: Warga emas, Wan Hashim Wan Mahmood, memulakan misi kayuhan kembara berbasikal sejauh 3,000 kilometer (km) di sini hari ini, mengeliling Semenanjung Malaysia, Singapura dan selatan Thailand selama 43 hari.

7. KUALA LUMPUR: Penggunaan tayar celup oleh kenderaan perdagangan berat seperti lori, treler dan bas dilihat memberi ancaman kepada keselamatan pengguna jalan raya.

8. KUALA LUMPUR: FAMA akan mengimport dua juta kelapa dari Indonesia bagi menampung jangkaan permintaan tinggi pengguna pada Ramadan, Mei ini.

➡ *POLITIK*
1. KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus komited mendukung Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam adalah agama bagi Persekutuan dengan agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.

2. AYER KEROH: Kerajaan berharap pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Khamis lalu diteliti dan difahami terlebih dahulu oleh semua Ahli Parlimen sebelum membahaskannya pada sesi persidangan akan datang.

3. KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin menangguhkan sesi perbahasan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 ke sidang Dewan Rakyat akan datang, adalah bijak dan berhikmah.

4. Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli terus menerima kecaman di media sosial  gara-gara tindakan beliau yang mendakwa tidak diberi peluang untuk membahaskan usul persendirian Rang Undang-Udang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.

5. KUALA LUMPUR: Legasi Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak layak dibandingkan dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak kerana bekas Perdana Menteri itu pernah dituduh membazirkan wang negara sebanyak RM100 bilion.

6. KOTA BHARU: Pas menyifatkan tindakan beberapa Ahli Parlimen PAN, PKR dan DAP yang cuba mencetuskan provokasi selepas sesi perbahasan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 (RUU 355) ditangguhkan sebagai langkah yang tidak wajar.

➡ *EKONOMI*
1. KUALA LUMPUR: Sentimen lemah ke atas dolar US berikutan serangan Amerika Syarikat ke atas Syria akan membantu merangsang permintaan terhadap ringgit minggu depan, kata peniaga.

2. KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) berharap lebih banyak perkhidmatan dan produk bukan makanan dipamerkan di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) sebagai sebahagian daripada keseluruhan ekosistem halal.

3. KUALA LUMPUR: Pasaran wang diramal kekal stabil minggu depan berikutan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan kecairan daripada sistem kewangan.

➡ *AGAMA*
1. Dari Humaid bin Abdurrahman r.a : Beliau mendengar Muawiyah berkhutbah, katanya Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa dikehendaki Allah akan beroleh kebaikan, diberi-Nya pengertian dalam hal agama. Saya (Nabi saw) hanya membagi-bagikan, sedang yang memberi ialah Allah.

➡ *LUAR NEGARA*
1. MANILA: Tiga gempa bumi 5.0 hingga 5.9 magnitud melanda wilayah Batangas di pulau Luzon di Filipina hari ini, menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

2. NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres hari ini menggesa semua pihak bertenang, memperbaharui gesaan berdamai di Syria ketika Majlis Keselamatan memanggil mesyuarat tergempar membincangkan serangan Amerika Syarikat (AS).

3. PALM BEACH: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tidak menghamburkan sebarang komen lantang anti-China, sebaliknya memuji hubungan 'cemerlang' dengan rakan sejawatannya, Xi Jinping.

➡ *SUKAN*
1. KUCHING: Hasrat peminat badminton seluruh dunia khususnya di Sarawak untuk menyaksikan pertembungan antara Datuk Lee Chong Wei dengan Lin Dan pada final Terbuka Malaysia, di sini, menjadi kenyataan.

2. IPOH: Jaringan penalti pada masa kecederaan oleh Abdul Hadi Yahya menyelamatkan Perak daripada menerima aib di laman sendiri apabila sekadar seri dengan T-Team 2-2, malam tadi.

3. KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kali pertama di Kota Kinabalu hari ini, melantik pengerusi dan timbalan pengerusi bagi 14 jawatankuasa tetap badan induk berkenaan.




Sent from Samsung tablet.