Khamis, 27 April 2017

Pantau Keadaan Pokok Elak Kejadian Buruk:- DSD Dr Zambry Abd Kadir



Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mengarahkan agar pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membuat pemantauan terhadap keadaan pokok-pokok tang ditanam.

Ini kerana bagi mengelak kejadian buruk seperti yang berlaku di Bandaraya Ipoh pada baru-baru ini sehingga mengakibatkan kemusanahan dan meragut seorang nyawa orang awam.

“Datuk Rusnah Kassim (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan) telah minta Majlis Bandaraya Ipoh (Ipoh) memantau keadaan pokok-pokok yang ada di Ipoh khususnya dan juga di seluruh negeri untuk pastikan kejadian seumpama ini tidak berlaku.

“Walaupun ia agak sukar apabila melibatkan angin yang kuat, tetapi kerja-kerja pemantauan untuk memastikan pokok reput dan boleh datangkan bahaya perlu dirawat,” katanya kepada pemberita di Ipoh, semalam.

Dalam kejadian hujan lebat dan angin kencang pada 24 April lalu, terdapat lapan kenderaan termasuk enam kereta rosak dihempap pokok tumbang di dua lokasi berbeza.

Dalam insiden pertama berlaku di kawasan tempat letak kereta di belakang sebuah hotel di Jalan Sultan Idris Shah, lima kereta dan dua motosikal dihempap dua pokok besar yang tumbang.

Pada tarikh yang sama dimaklumkan juga berlaku kejadian yang sama di dua lagi lokasi iaitu di hadapan Hotel Seri Malaysia serta Hotel Impiana.

“Jadi saya harap kejadian ini dapat diperhatikan dan saya bersimpati dengan keluarga terlibat,” ujar Datuk Seri Diraja Dr Zambry.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan