Isnin, 10 April 2017

Shahnom Ahmad betul dalam novel SHIT

Pada tahun 1999 negara telah dikejutkan dengan sebuah novel bertajuk SHIT yang dikarang oleh Saterawan Negara Dato Dr Professor Emiritus Hj Shahnom Ahmad. 

Novel tersebut ditujukan khas kepada Tun Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri ketika itu, Shahnom melabelkan Tun sebagai kepala taik yang enggan berundur walaupun diserang hebat oleh kumpulan Anwar Ibrahim dan agenda Reformasi. 

Shahnom ketika itu mungkin lebih favor kepada Anwar Ibrahim dan Pas yang mendesak agar Mahathir melepaskan jawatan.

Tahun 1999 adalah tahun paling getir dalam suasana politik ketika itu. Al-Gore sendiri dalam ucapannya pada malam jamuan 1998 menyokong Reformasi anjuran PKR, Al-Gore seterusnya memalukan Tun Mahathir dengan meninggalkan majlis tersebut sebaik sahaja selesai ucapannya.

Malah Sukan Komanwel yang pertama kali diadakan di Malaysia terpaksa dikawal ketat kerana menerima ancaman bom oleh pihak yang anti dengan Tun Mahathir.

Umno dalam persidangan tahunan yang diadakan di PWTC turut menghentam Shahnom dan sehingga ada suara yang mahu gelaran Sasterwan Negara yang diterimanya pada tahun 1982 ditarik balik.

Kini selepas 18 tahun usia novel SHIT ia menjadi kenyataan dan kebenaran. Memang tepat dan layak Mahathir dilabelkan sebagai SHIT.

Justeru, kita sebagai rakyat Malaysia jangan lah mengeji Dato Shahnom Ahmad lagi kerana pemikirannya amat tajam dan perpandangan jauh. 

Dr Mahathir kini menjadi duri dalam daging kepada Umno dan seluruh bangsa Melayu.
Mahathir adalah penderhaka dan pengkhianat kepada perjuangan Umno dan bangsa melayu.