Bulan lalu kita digemparkan kisah Mahathir kencing Editor Sarawak Report Clare Brown. Kini Mahathir kencing Muhyiddin pula.
Hari ini Mahathir atau lebih sedap dipanggil Tok Wan menyatakan beliau bersedia untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi.
Atas kedudukan apa yang beliau nak jadi PM? Kalau atas nama PPBM maknanya Muhyiddin terpaksa bagi laluan dan berakhirlah cita-cita Muhyiddin apabila menjadi Presiden PPBM.
Bermakna desakan setengah pihak mahu Muhyiddin melepaskan jawatan Presiden parti adalah didalangi oleh Tok Wan. Akan tetapi mereka yang mendesak Muhyiddin meletak akan jawatan akhirnya juga keluar parti salam jumlah yang besar. Maknanya mereka juga tak suka dengan sandiwara yang dimainkan oleh Tok Wan.
Sebelum ini juga ada cerita menyatakan Tok Wan akan menjadi Ketua Umno Pakistan Harapan untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri. Tetapi awal-awal pemimpin Pkr, Dap dan Pan telah menolak Tok Wan dengan mengangkat tuan-tuan mereka.
Jijah Kipas pun berhajat nak jadi PM sementara menanti kekandanya bebas daripada penjara. Rafizi pun bercita-cita nak jadi PM. Begitu juga Mat Sabu dan Lim anak beranak.
Tinggal Dato Rais panglima perang Muhyiddin yang menyatakan rakyat mahu Muhyiddin menjadi PM. Bulan Jun ini Dato Rais akan buat tinjauan dan kajian kali kedua untuk mengetahui siapakah bakal PM Malaysia ke 7.
TERINGAT SKRIP WAYANG P.RAMLI DAN 40 PENYAMUN....SKRIP NYA BERBUNYI. "MARI KITA LIHAT SIAPA YANG KENAAAAAA"