Jumaat, 2 Jun 2017

Guan Eng Berjaya Bawa Penang Ke Industri Baru, Industri Jual & Gadai Tanah



*#PiMana16Billion?*
*#16billionHilangPiMana?#GuanEngKakiGadaiTanah*


Laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, MIDA pada April 2017 menunjukkan penurunan sebanyak 30% jumlah pelaburan ke Penang. Pada Januari hingga Ogos 2016, hasil pelaburan ke Penang hanyalah RM3.77 billion sahaja berbanding RM5.34 billion pada tahun 2015. Turun RM1.57 billion.

Pelabur sudah mula lari. Pada Mac 2017, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya mendedahkan sejumlah 6,000 orang dibuang kerja di Penang kerana kilang ditutup. Kilang Western Digital dan Seagate sahaja telah buang 3,000 orang. Pelabur lari, kilang tutup dan pekerja dibuang adalah tanda tanda Penang sebuah negeri gagal. 

Industri kilang yang suatu ketika dahulu popular di Penang mulai lingkup dan suram. Oleh kerana itu, Guan Eng kena memohon hutang dengan bank dari China. Mungkin kerana industri kilang makin merudum inilah, maka Guan Eng mulai berfikir secara kreatif untuk mencipta industri baru di Penang. 

Kerajaan DAP Pulau Pinang yang dipimpin Lim Guan Eng dan dinasihati oleh Punahsihatnya, Saifuddin dan Mat Sabu telah mencipta industri baharu di Penang iaitu industri jual dan gadai tanah.

Bermula pada tahun 2011, seluas 102 ekar tanah di Bayan Mutiara telah dijual kepada Ivory Properties pada harga RM1.07 bilion. Tiga tahun seterusnya, Guan Eng telah menjual sebanyak 110 ekar tanah di Gurne Drive kepada Consortium Zenith BUCG untuk projek Terowong Pulau Pinang bernilai RM6.3 juta. Kes ini unik kerana nilai RM6.3 bilion itu tidak melibatkan wang tunai. Tahun yang sama, 40 ekar tanah di Batu Kawan pula telah dijual kepada PE Land.

Tahun berikutnya (2014), tanah seluas 245 ekar di Batu Kawan telah dijual kepada Aspen Vision di mana kepentingan Ivory Properties di dalam syarikat tersebut adalah 49%. Selain itu, 30 ekar tanah di Batu Kawan juga turut dijual kepada Paramount Group bernilai RM57 juta. Tidak kira lagi sebanyak 470 ekar tanah di Batu Kawan pun telah dijual kepada Eco World bernilai RM1.02 bilion, sebelum 49% daripada 198 ekar tanah di Batu Kawan dan 6.67 ekar tanah di Bayan Lepas terjual kepada Temasek Singapura tanpa membabitkan sebarang bayaran tunai.

Seterusnya, sebidang tanah lagi berkeluasan 470 ekar yang dianggarkan bernilai RM 1.02 bilion dijual kepada Eco World dan tanah seluas 103 ekar yang dianggarkan bernilai RM1.09 bilion kepada Temasek Singapura. RM3.5 billion lagi adalah kepada Hunza Land. Terbaru, isu skandal jual tanah Peel Evenue pada harga RM156 juta iaitu di bawah paras harga pasaran.

Hasil keseluruhan industri jual tanah ini sudah hampir RM16 billion. Apa lagi Guan Eng boleh buat sebelum masuk ke penjara kerana isu rasuah? Jual sahaja apa yang ada, tanah yang ada semua digadai sebelum masuk ke lokap. Tinggal rumput sahajalah di Penang nanti.

Malahan, semasa pembentangan Bajet Negeri Pulau Pinang 2017, Guan Eng sekali lagi membentangkan bajet defisit untuk negeri itu. Kali ini defisit berjumlah RM667.10 juta, pertambahan defisit sebanyak 128.36%. 

Bajet untuk pejabat Ketua Menteri sahaja sudah RM707.61 juta, naik sebanyak RM161.59 juta berbanding RM546.02 juta tahun lepas. Buat apa banyak sangat bajet untuk pejabat Guan Eng? Apakah bajet ini untuk membolehkan Betty Chew, isteri Guan Eng melancong dan jalan jalan sahaja? 

Pelaburan tidak masuk banyak. Tanah makin tergadai. Pekerja kena buang kerja. Banjir tidak selesai. Peruntukkan pejabat Guan Eng pula meningkat RM161.59 juta. Nampaknya cara pentadbiran CAT Guan Eng adalah mendahulukan diri sendiri sahaja. 

Memang wajar Guan Eng diberhentikan sahaja jadi Ketua Menteri. Tahun 2018, bajet pejabatnya boleh jadi sampai RM1 billion. Tanah di Penang pula semakin berkurang.

Guan Eng hanya bangga IKEA akan dibina di Batu Kawan. Itu sahajalah yang Guan Eng boleh bangga. Di Kuala Lumpur, ada dua IKEA, tidak pernah pun dengar pemimpin BN bangga dengan pembinaan IKEA. 

Guan Eng sudah makin terdesak. 51 projek di Penang tidak siap, 33 janji dalam Manifesto DAP "Just Change" pada 2008 pun entah ke mana. Rumah untuk rakyat memang tiada sebab tanah di Penang sudah digadai dan dijual pada kroni kroni DAP.

Memang benarlah terjadi skrip lagu ini "indahnya bumi kita ini, warisan berkurun lamanya, hasil mengalir ke tangan yang lain, pribumi merintih sendiri". 

*#PiMana16Billion?*
*#16billionHilangPiMana?#GuanEngKakiGadaiTanah*