Sabtu, 3 Jun 2017

ISU MAHATHIR NAK JADI PERDANA MENTERI KALI KEDUA...UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI

Lirik Lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi - Damasutra

Kenangan bersamamu kasih
Seumpama mimpi di dalam mimpi
Terasa engkau di sisi
Menemaniku saban hari

Pabila kupejamkan mata
Akan terasa hangatnya asmara
Walaupun sekian lama
Telah terpadam cinta kita

Luka yang tak terasa
Mengalir darah yang tak berwarna
Bagai jeritan tanpa
Suara

Tangisan dalam ketawa
Sedu sedan menjadi syair cinta
Terasa ingin ku sentuh
Bayanganmu

Walau hanya seketika cuma
Agar hilang rindu dan dahaga
Agar pulih semangat kasih dan mesra
Seperti baru kenal cinta

Kenangan bersamamu kasih
Membakar gedung fikiranku kini
Terasa hidupku ini
Umpama mimpi dalam mimpi

Umpama mimpi dalam mimpi

Lagu ini mungkin tak boleh disamakan dengan Tok Wan, cuma sama tang mimpi saja. 

Si Damasutera ingin kembali bersama kekasihnya tetapi ia hanya mimpi sahaja dan tidak ada kesampaian. 

Manakala Tok Wan mahu kembali ke Putrajaya dan ingin duduk di singgah sana. Almaklumlah dulu tak puas duduk di Seri Perdana kerana melepaskan jawatan pada 2002/03.

Tak ada masalah buat Tun untuk kembali menjadi Perdana Menteri, tetapi atas tiket apa, atas parti apa?

Mahukah Mat Sabu membenarkan Tok Wan jadi PM? Sanggupkah Lim Kit Siang berputih biji mata setelah berjuang selama 51 tabun untuk menjatuhkan kerajaan BN? 

Tolak tepi PKR kerana parti itu akan mati apabila Anwar mati. Dap tak akan mati selagi ada Guan Eng dan koncu-koncunya.

Mat Sabu paling menarik dalam isu Mahazalim, Mahafiraun dan sebagainya. Sanggupkah Mat Sabu menjilat semula muntah sendiri dengan menerima Tok Wan sebagai PM. Letih dah perjuangan Mat Sabu sejak 1995 dahulu. Mat Sabu berjaya menjatuhkan Anwar dengan isu aljub, berjaya mencipta trending Mahazalim dan Mahafiraun dan Aljub kini senang-senang nak bagi laluan mudah kepada mereka naik untuk duduk di atas kepala dia.

Hari ini mereka boleh duduk makan bersama, bertepuk bersama tetapi di dalam hati siapa tahu. masing-masing umpama enau dalam belukar, masing-masing melepaskan pucuk nya..

Oleh itu Tok Wan boleh lah dianggap sebagai bermimpi dalam mimpi.