Sabtu, 3 Jun 2017

Sejarah Anwar Ibrahim berulang kembali kepada Mahathir : Angka 7 angka signifikan.

Apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim hampir 20 tahun lalu kini berulang lagi. Ia terjadi kepada musuh nombor satu Anwar Ibrahim iaitu Mahathir Mohamad. 

1997 atau 20 tahun lalu Dap dan PAS berjaya membunuh karier politik Anwar Ibrahim dengan pelbagai jenis tuduhan di dalam dewan rakyat dan dipentas ceramah politik sehingga Anwar Ibrahim merengkok dalam penjara selama 15 tahun.

Namun sebaik sahaja Anwar dipecat oleh Umno pihak yang terlibat menjatuhkan karier politik Anwar Ibrahim sanggup buat U-turn dan menyokong parti baru parti keadilan rakyat yang ditubuhkan oleh Wan Azizah. 

Pkr berjaya menarik perhatian penyamun dan penyangak politik untuk sama-sama berjuang atas nama Reformasi untuk menjatuhkan Mahathir dan UMNO. 

Dap yang begitu lantang mengkritik dan mengecam Anwar Ibrahim dalam dewan rakyat juga sanggup melupakan kisah lama dan bersama-sama Wan Azizah untuk menentang UMNO dan Barisan Nasional. 

Begitu juga alkisah yang berlaku pada tahun 1987 apabila tertubuhnya parti Semangat 46 yang dipimpin oleh Tengku Razalegh Hamzah. Tertubuhnya S46 akibat Anwar Ibrahim dikatakan menipu dalam pemilihan PAU yang membawa kepada peristiwa Umno diharamkan oleh Mahkamah.  

Selepas wujudnya S46, PAS dan Dap turut sama bekerjasama dengan S46. 

Krisis yang sama juga berlaku di Sabah apabila Joseph Pairin Kitingan membawa keluar Parti Bersatu Sabah menjadi pembangkang. Juga mendapat sokongan daripada Pas dan Dap. 

Kali ini tahun 2017. Angka akhirnya juga nombor 7 sekali lagi mengulang sebuah sejarah buat kali ke ketiga. 

Tun Mahathir yang menubuhkan parti PPBM kerana marah apabila anaknya dipecat daripada Umno sekali lagi mendapat sokongan Dap dan PAS.  Cuma sokongan PAS kepada PPBM tidak berkekalan lama apabila PAS tersedar akan kemunafikan PPBM yang tidak menyokong Pas dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada tahun lepas yang diadakan pada bulan Ramadan. 

DAP seperti dahulu akan menyokong sesiapapun dari Umno yang keluar parti sama ada dipecat atau keluar secara sukarela. 

Apabila PAS tidak lagi menjadi sebuah parti politik yang munafik Pas juga turut dikecam hebat oleh Dap. 

Rumusan nya ialah Dap lebih buruk sifatnya sejak zaman dahulu lagi. Kini mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan untuk sama-sama menjatuhkan kerajaan BN. 

Maka tiada lagi istilah Mahazalim Maha firaun dan sebagainya apabila sama-sama terjerumus dalam kumpulan sesat lagi menyesatkan. 

Sekian.