Khamis, 15 Jun 2017

MELAYU DALAM DAP SEMAKIN MENGARUT DAN HILANG IDENTITI BANGSA

Peribahasa Melayu ada mengungkapkan masuk ke dalam kandang kambing mengembek, masuk ke dalam kandang kerbau menguak.

Peribahasa ini bermaksud: Apabila berada di tempat orang atau negara orang, kita harus ikut adab atau aturan tempat atau negara itu.

Malaysia pada asalnya dikenali sebagai Tanah Melayu kemudian ditukar menjadi Malaya oleh British dan kini nama rasmi nya ialah MALAYSIA.

Melayu adalah orang asal. Melayu adalah pelayar yang hebat. Jika belayar ia seperti sebuah pulau yang bergerak di lautan. Bahtera Melayu lebih besar daripada Jong China. Melayu ada di mana-mana sahaja di kepulauan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik 

Kedatangan penjajah lah yang mengubah segala bentuk bentuk sosio budaya, ekonomi dan politik bangsa melayu. Pun begitu ianya masih baru, tak sampai seribu tahun tetapi ia sudah memberi impak yang besar melanda kehidupan kita masa ini. 

Portugis, Belanda, Jepun dan British sudah tiada, yang tinggal hanyalah kesan-kesan nya sahaja. termasuk lah kaum-kaum yang dibawa masuk oleh penjajah.

Melayu di luar sana kebanyakannya hancur lenyap dan yang tinggal hanya lah warna kulit, cara makan, bentuk rumah dan sedikit tinggalan bahasa dan budaya. 

Melayu di Malaysia sangat bertuah kerana Agama Islam menjadi agama persekutuan. Pun begitu ada usaha untuk mengubah agama persekutuan kepada agama lain. Jika dahulu ada golongan mahu jadikan Malaysia sebagai negara sekular. Dap tidak pernah menerima klausa yang terdapat dalam perlembagaan negara bahawa Islam adalah Persekutuan Tanah Melayu. 

Islam bukan sahaja musuh Dap tetapi musuh nya ada di seluruh dunia, ISIS tau Daesh juga musuh Islam. Wahabi, Syiah dan lain-lain yang berlindung di bawah tarekat dan kumpulan sufi sebenarnya musuh islam.

Islam sama seperti Umno dan ianya perlu dimusnahkan dengan apa cara sekali pun.  Hancur Islam, hancur Umno bermakna satu kejayaan besar buat mereka yang telah buat sembahyang khas di Israel pada tahun 2013 dahulu yang mahukan Umno dan BN kalah salam PRU 13.

Pas merupakan sebuah parti politik yang menggunakan nama Islam untuk mencapai cita-cita mereka. Hari ini Pas hancur selepas berjaya dimusnahkan dari dalam.  Musuh-musuh Islam sanggup bertahan selama 50 tahun untuk menyesatkan Pas. Hari ini dengan bangganya mereka berjaya menarik keluar ahli-ahli parti Islam untuk mengikut mereka.

Kini kita berada pada 10 Ramadan terakhir, marilah kita menilai semula diri kita agar tidak tersesat di jalan yang salah sehingga sanggup melupakan sejarah bangsa.