SEMASA LAWATAN KE BACHOK KELANTAN |
Sofea Qaisara OKU |
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155414740068879&id=741883878
Keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Razak membantu seorang ibu tunggal yang berada di dalam kesusahan mendapatkan sebuah rumah kediaman lebih selesa serta bantuan-bantuan yang lainnya kepada anak-anak beliau menghadapi sambutan hari raya tahun ini.
Suasana yang pilu tak kala keluarga tersebut pulang dari kerja dan di sambut oleh Dato Seri Najib Razak amat menyentuh perasaan terutama anak OKU yang amat menghormati pelawat. Mungkin dia tidak tahu apa-apa tetapi apabila kanak-kanak tersebut bersalam dan mencium tangan DS Najib jelas menunjukkan adik Sofea Qaisara yang sakit faham dan ingin mengucapkan terima kasih dengan caranya tersendiri. LIHAT DISINI dan DISINI
Sejak dari dahulu lagi Perdana Menteri dan isteri DS Rosmah Mansor sentiasa prihatin terhadap kanak-kanak yang ditimpa masalah dan penyakit kronik. Sudah banyak berita-berita seperti ini ditularkan ke dalam media sosial dan mendapat perhatian daripada Najib dan isteri.
Semoga Allah memberi kesihatan dan kehidupan yang sihat dan bahagia kepada keluarga yang menerima bantuan daripada Najib dan kerajaan.
Baru-baru ini dalam lawatan ke Kedah Dato Seri sempat menziarahi sepasang warga emas OKU di Jerlun Kedah, sebelum itu di Bachok Kelantan.