Khamis, 22 Jun 2017

NAK JADI WAKIL RAKYAT MESTI TAHU NAMA KAMPUNG DAN NAMA KETUA KAMPUNG

Bulan puasa dan bulan raya merupakan bulan yang sibuk buat wakil-wakil rakyat. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja majlis berbuka puasa yang terpaksa dihadiri sebagai tetamu jemputan. 

Pun begitu ramai wakil rakyat yang ambil peluang untuk buat umrah seminggu dua setiap tahun selepas bergelar wakil rakyat berbeza dengan sebelum jadi wakil rakyat. Memang lah disunatkan kepada pak haji pak haji untuk buat umrah di bulan puasa tetapi jangan lah memasang niat untuk satu program bercuti dan larian daripada  tanggung jawab terhadap rakyat di kawasan. 

Satu lagi nak pesan kepada wakil rakyat, bulan raya nanti rajin-rajin lah melawat rumah pengundi terutama rumah tok ketua, mantan ketua kampung dan ajk, rumah tok imam dan ajk. rumah-rumah ketua pemuda, rumah-rumah orang-orang miskin dan sebagainya. Raya sebulan, ambil lah seminggu dua untuk buat lawatan. Tak perlu bawa buah tangan atau duit raya, cukup sekadar sua muka dan bertanya khabar untuk bina hubungan yang baik.

Cuma nak pesan jangan lah sampái tak tahu nama kampung atan nama ketua kampung. Kampung di Malaysia ini boleh dibahagikan kapada dua kategori. Pertama ialah kampung tradisi yang wujud zaman tok nadok lagi dan kedua adalah kampung-kampung tersusun yang baharu.

Kalau di Kedah nama-nama kampung zaman dulu-dulu ada lah seperti  berikut.
  1. Kampung Charuk Rambai
  2. Kampung Padang Dan
  3. Kampung Charok Petata
  4. Kampung Keda Sadek
  5. Kampung Pak Bong
  6. dll.
Nak tahu cerita seterusnya KLIK DI SINI