Khamis, 13 Julai 2017

BERITA PILIHAN HARI INI


*13 Julai 2017 - Khamis*
*19 Syawal 1438 Hijrah*

➡ *NASIONAL*
1. PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak, hari ini menyerahkan 85 Felo Perdana 2017, iaitu pembantu eksekutif atau pelatih di kementerian kepada menteri Kabinet bagi tempoh khidmat antara enam minggu hingga tiga bulan.
2. KUCHING: Harapan Noor Batrisya Ramlan yang menghadapi masalah pendengaran sejak lahir untuk menjalani kehidupan normal, kini cerah apabila beliau menerima sumbangan orang ramai, termasuk Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, untuk menjalani pembedahan implan koklea.
3. KUALA LUMPUR: Pertumbuhan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) melangkaui pertumbuhan ekonomi keseluruhan bagi tahun 2016.
4. PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan berbincang dengan kerajaan negeri Sarawak dan Sabah untuk pelaksanaan program suntikan pelalian anti rabies kepada anjing peliharaan bagi membendung penyakit itu.
5. KUALA LUMPUR: Harga mingguan bagi petrol dan diesel naik lagi mulai tengah malam ini.
6. SHAH ALAM: Lebih 4,000 belia Orang Asli menyertai Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) sejak dilancarkan pada 2009, kata Senator Orang Asli, Datuk Isa Ab Hamid. 
7. PUTRAJAYA: Hasil siasatan insiden pesawat Hawk 108 yang terhempas di Kampung Yak Yah, Chukai, Terengganu pada 15 Jun lalu yang mengorbankan dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan dimaklumkan Panglima Tentera Udara (PTU).
8. PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Tetap Vietnam, Truong Hoa Binh di pejabatnya di Perdana Putra di sini, hari ini.
9. SUNGAI MANIK: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan memperluaskan radius kawasan suntikan vaksin anjing dan kucing di daerah Serian, Sarawak, bagi mencegah penularan wabak rabies atau anjing gila.
10. SEREMBAN: Kementerian Pendidikan akan mengurangkan pembabitannya dalam urusan pertukaran guru, sebaliknya menyerahkan kuasa membuat keputusan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

➡ *POLITIK*
1. PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta semua pihak membabitkan diri dalam usaha Kuwait selaku pengantara bagi mencari penyelesaian kepada krisis Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang masih berterusan.
2. PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hadir memeriahkan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
3. KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan enakmen pindaan yang antara lain membolehkan pesalah syariah disebat di khalayak ramai selain meningkatkan denda dan tempoh penjara.
4. PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mendapat sokong padu ahli UMNO dan majoriti rakyat, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
5. JOHOR BAHRU: Menteri Besar menyifatkan DAP sebagai ketandusan isu apabila mengaitkan anaknya, Akmal Saufi Mohamed Khaled, dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

➡ *EKONOMI*
1. KUALA LUMPUR: Honda Malaysia hari ini melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) generasi kelimanya, CR-V dengan sasaran jualan 700 unit sebulan.
2. KUALA LUMPUR: AMMB Holdings Bhd dan RHB Bank Bhd berada di landasan untuk memuktamadkan rundingan penggabungannya.
3. KUALA LUMPUR: Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia meningkat kukuh sebanyak 19.5 peratus kepada RM61.9 bilion pada Mei 2017 berbanding RM51.8 bilion pada bulan sama tahun lalu, susulan peningkatan dicatatkan dalam tiga subsektor utama.

➡ *AGAMA*
1. Nabi SAW bersabda: "Hendaklah kamu duduk bersama dengan ulama (duduk di dalam majlis ilmu mereka) dan mendengar perkataan hukama' kerana Allah SWT menghidupkan hati yang mati dengan nur hikmah seperti Allah SWT menghidupkan bumi yang mati dengan air hujan."

➡ *LUAR NEGARA*
1. WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat berjaya melakukan ujian terhadap sistem memintas peluru berpandu, kata pegawai hari ini, ketika ketegangan memuncak berikutan ujian pelancaran peluru berpandu balistik antara benua oleh Korea Utara yang berpotensi sampai ke Alaska.
2. KANO, Nigeria: Sekurang-kurangnya lima mati selepas militan Boko Haram menyerang tentera Nigeria di timur laut negara itu, kata sumber ketenteraan dan pengawal tempatan.
3. BOGOTA: Russia dan Curacao dua pengimport terbesar daging lembu Colombia, menggantung penghantaran produk haiwan itu dari wilayah Andean susulan penularan wabak kuku dan mulut.

➡ *SUKAN*
1. KUALA LUMPUR: Pemain sayap Selangor, Andik Vermansyah mengakui dia menarik nafas lega selepas rakan sepasukannya berhabis-habisan untuk menundukkan Perak 1-0 pada aksi Liga Super Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.
2. PETALING JAYA: Persediaan serba kurang sempurna skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara bagi menghadapi aksi persahabatan dengan Myanmar esok, jelas langsung tidak menggusarkan pengendali Datuk Ong Kim Swee.
3. KUALA LUMPUR: Ratu ski air negara, Aaliyah Yoong Hanifah optimis mampu mempertahankan dua pingat emas yang dimenangi di Singapura pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), bulan depan.
4. LONDON: Magdalena Rybarikova muncul pemain ranking paling bawah mencecah kaki ke pentas separuh akhir tenis Wimbledon dalam tempoh sembilan tahun apabila pemain ke-87 dunia ini mengejutkan pilihan ke-24, Coco Vandeweghe 6-3, 6-3.
5. LONDON: Bintang Senegal, Sadio Mane bakal terlepas kejohanan pra-musim Liverpool di Hong Kong kerana sedang menjalani sesi pemulihan kecederaan lutut, kata pengurus The Reds, Jurgen Klopp.