Khamis, 13 Julai 2017

10 Dosa Dosa Guan Eng, Yang Rakyat Pulau Pinang Kena Ambil Tahu



Dari 2008 hingga 2017, sudah hampir 10 tahun Guan Eng menjadi Ketua Menteri DAP Pulau Pinang. Namun apa yang rakyat negeri tersebut terima? Tidak ada apa. Guan Eng sahaja dapat banglo, gadai tanah dan susutkan kantung kewangan kerajaan negeri Pulau Pinang. 

Pada awalnya berlakon bukan main pandai lagi. Naik kelas ekonomi Air Asia, naik motor kapcai dan makan di warung. Semuanya hanya untuk menutup dosa dosa yang akan dilakukannya selepas itu. 

Sempena menghampiri  10 tahun pemerintahan Guan Eng, mari kita lihat 10 dosa dosa Guan Eng pada rakyat Penang. 

Dosa pertama yang paling tidak berguna sekali adalah amalan rasuah yang dilakukan  olehnya. Lim didakwa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM kerana didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan untuk dirinya dan isterinya, Betty Chew, dengan meluluskan penukaran tanah di Balik Pulau untuk Magnificent Emblem Sdn Bhd. Untuk dosa ini, Guan Eng berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

Selain itu Guan Eng masih gagal menjawab mengapa banglo Pinhorn dibeli di bawah harga pasaran. Rumah mampu milik rakyat tidak siap, yang siap hanyalah banglo Pinhorn sahaja.

Kedua, Ketua Menteri kesayangan DAP itu terpalit dengan isu tanah di Taman Manggis - yang dikatakan untuk pembangunan projek perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) tapi dijual kepada pihak ketiga dan tanah itu masih di bawah Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Sdn Bhd seperti dinyatakan dalam geran tanah. 

Tanah di Taman Manggis, Pulau Pinang mulanya telah diwartakan oleh kerajaan negeri bagi pembinaan rumah mampu milik tetapi rancangan untuk PPRT itu digantikan dengan cadangan untuk projek pembangunan bercampur pada 2005.

Guan Eng turut memperbodohkan rakyat melalui dosanya yang ketiga, iaitu menyeleweng kos kajian terowong dasar laut. Berjuta juta duit rakyat 'ditelan oleh Lim' dengan alasan melakukan kajian kebolehlaksanaan untuk laluan dari Persiaran Gurney ke bahagian pulau sepanjang 7.2 kilometer. Daripada jumlah itu, hanya untuk kertas kerja asas sahaja, Lim telah menggunakan kos sebanyak RM305 juta untuk buat kajian sahaja. 

Dosa keempat, Guan Eng meminjam wang dengan begitu banyak dari Bank EXIM di China melalui kelulusan Rang Undang-undang Pinjaman Negeri Pulau Pinang (Bank dan Sumber-Sumber Kewangan Lain) 2017 di Dewan Undangan Negeri. Alasan yang digunakan Lim untuk 'menipu' rakyat adalah bagi kegunaan Penang Transport Master Plan 2013-2030 (PTMP). Undang-undang ini membenarkan Ketua Menteri yang sedang menghadapi dua kes rasuah untuk meminjam daripada China EXIM Bank daripada China tanpa perlu mendapat kelulusan DUN.

Dosa kelima Lim adalah menggadai tanah-tanah di Penang. Bermula pada tahun 2011, seluas 102 ekar tanah di Bayan Mutiara telah dijual kepada Ivory Properties pada harga RM1.07 bilion. Tiga tahun seterusnya, Guan Eng telah menjual sebanyak 110 ekar tanah di Gurne Drive kepada Consortium Zenith BUCG untuk projek Terowong Pulau Pinang bernilai RM6.3 juta. Tahun yang sama, 40 ekar tanah di Batu Kawan pula telah dijual kepada PE Land. 

Sejak dari 2011 hingga ke hari ini, dianggarkan sebanyak RM16 bilion nilai tanah telah 'digadai' oleh Guan Eng. Soalnya, kemana perginya wang itu? Masuk ke poket kroni kah?

Kronisme. Itulah dosa keenam Lim Guan Eng. Contohnya, pada tahun 2016 Lim bertindak memberikan jawatan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bukit Bendera (PHC) kepada Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke (DAP) selepas memecat ADUN Kebun Bunga Cheah Kah Ping (PKR) dari jawatan tersebut. Dia juga menjual tanah di Lebuh Raya Peel bagi tujuan pembinaan hospital swasta, hotel dan bangunan komersil kepada kroninya di Singapura. Banyak lagilah dosa Lim mengenai amalan kronisme ini, termasuk melantik bini sendiri dalam PCCC. 

Lim juga seorang kuku besi. Mana ada seorang Ketua Menteri atau Menteri Besar yang membolot semua jawatan yang ada kepentingan kewangan dan projek. Hanya berlaku di Pulau Pinang sahaja. Faktanya, Lim sedang pegang sebanyak 16 jawatan di Pulau Pinang melibatkan pentadbiran negeri, pengerusi di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan jawatan politik.

Daripada jumlah itu, 12 daripadanya adalah jawatan di syarikat GLC. Ini bukti Guan Eng gila kuasa.

Hanya semasa pemerintahan Lim dan DAP sahaja, hampir lenyap semua kampung dan gerai orang Melayu di Pulau Pinang. Sampai ada orang maki Guan Eng semasa bawa lari lori majlis perbandaran. Itulah dosa kelapan Lim untuk rakyat negeri Penang.

Sekarang, tiada siapa boleh berbohong atau sembunyi bahawa 25 kampung Melayu sudah hilang dari peta Pulau Pinang hasil daripada tindakan rakus anak Lim Kit Siang itu. Hutan pun hilang, bukit jadi botak dan nelayan hilang mata pencarian kerana Guan Eng.

Dosa kesembilan Lim adalah menyeleweng duit banjir. Sudah hampir 10 tahun, Kerajaan DAP Pulau Pinang masih gagal selesaikan isu banjir. Yang menjadi mangsa adalah rakyat terpaksa hadapi banjir setiap tahun. Wang tebatan banjir hilang ke mana? RM40 juta di Bayan Baru dan RM150 juta juga sudah disalurkan oleh kerajaan pusat. Apa Guan Eng buat dengan duit ini? 

Dosa kesepuluh Lim kepada rakyat Penang dan ahli ahli DAP khususnya, adalah dengan menipu undi CEC DAP untuk kekal berkuasa. Ketika pemilihan anggota CEC yang menentukan kepimpinan tertinggi DAP di langsungkan pada tahun 2012, mereka telah mengubah keputusan pemilihan untuk memberi kemenangan kepada Legasi Lim. 

Ahli DAP sendiri pun Guan Eng sanggup tipu apatah lagi rakyat Pulau Pinang yang lain. Oleh kerana itu, Guan Eng takut bertanding dalam pemilihan DAP di Penang. PKR dan PAS sudah kena singkir awal lagi di Penang sebab lawan cakap Guan Eng. 

Inilah antara 10 dosa Lim yang wajib rakyat Pulau Pinang tahu. Banyak lagi dosa dosa Guan Eng jika disenaraikan lagi. Guan Eng adalah liabiliti terbesar sekarang dalam DAP.

Guan Eng selama ini hidup dalam penipuan dan putar belit sahaja. Apa sahaja dosanya, dia menuding jari pada orang lain sebagai pesalah. Cukup cukuplah bagi DAP perintah Pulau Pinang. Masa sudah tiba untuk rakyat Pulau Pinang bangkit dan tumbangkan rejim DAP ini. Hentikan dosa dosa ini.