Khamis, 13 Julai 2017

Hadi Awang Lelaki Yang Paling Digeruni DAP



Selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir kembali melutut kepada Lim Kit Siang, kini satu-satunya lelaki yang paling digeruni DAP adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sebabnya PAS pimpinan ustaz Hadi pernah berada dalam Pakatan Rakyat (PR) gabungan tiga parti DAP, PKR dan PAS dari tahun 2008 hingga 2015.

Tiga tokoh penting pimpinan PR adalah Kit Siang (DAP), Anwar Ibrahim (PKR) dan ustaz Hadi (PAS).

Kebetulan, ketiga-tiga tokoh itu dilahirkan dalam tahun 1940-an, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.

Kit Siang lahir pada tahun 1941, kini berusia 76 tahun, manakala Anwar dan Ustaz Hadi lahir pada tahun 1947 yang kini berusia 70 tahun.

Ustaz Hadi bukan anak kecil dalam politik, sejak dari tahun 1964, sudah mula aktif dalam politik ketika itu beliau masih lagi belajar di sekolah menengah. Beliau juga pernah diamanahkan sebagai Setiausaha Ranting (sekarang cawangan) PAS Kampung Rusila, Marang.

Pada tahun 1964, Singapura telah menyertai Malaysia dan Kit Siang ketika itu bekerja di Singapura sebagai wartawan dan tali barut Perdana Menteri Lee Kuan Yew.

Ketika PAP menyertai PRU Malaysia pada tahun 1964, Kit Siang ditugaskan menjadi pemantau parti dari Singapura itu.

Malah, ketika Singapura disingkirkan dari Malaysia pada tahun 1965, masih menetap di Singapura dan berpihak kepada PAP pimpinan Kuan Yew.

Kit Siang hanya kembali ke Malaysia pada tahun 1966 diutuskan PAP untuk menerajui parti baharu yang ditubuhkan yang dinamakan DAP.

Sebagai anggota kerabat PR, Ustaz Hadi tahu luar dan sepak terajang  strategi DAP untuk menawan Putrajaya sama ada dalam PRU 2008 dan PRU 2013.

Pada 10 Feb 2015, Mahkamah Persekutuan menyabitkan Anwar bersalah sebagai penjenayah liwat yang memaksanya untuk kembali semula meringkuk di Penjara Sungai Buloh.

Ketiadaan Anwar menyebabkan kedudukan Kit Siang mula terancam kerana berhadapan secara langsung dengan ustaz Hadi.

Sebelum ini, Kit Siang memperalatkan Anwar untuk menjayakan misi DAP.

Anwar dilantik sebagai ketua pembangkang di Parlimen selepas PRU 2008, meskipun ketika itu DAP mendominasi PR dengan DAP (28), PKR (25) dan PAS (23).

Pada awalnya, selepas keputusan  PRU 2008 diumumkan pada Mac 2008,  PKR mendahului dengan PKR (31), DAP (28) dan PAS (23), namun kira-kira lapan bulan selepas itu kedudukan kerusi PKR merosot setelah enam Ahli Parlimennya melompat parti.

Keluarnya, enam Ahli Parlimen PKR iaitu N Gobalakrisnan(Padang Serai ), Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu), Tan Tee Beng (Nibong Tebal ), Zaharin Mohd Hashim (Bayan Baru),  Mohsin Fazli Samsuri (Bagan Serai), Wee Choo Keong (Wangsa Maju) menyebabkan DAP mula mendominasi dengan DAP (28), PKR (25) dan PAS (23).

Namun, Kit Siang sebagai Ketua Ahli Parlimen DAP mempunyai strategi politik jangka panjang mengekalkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

DAP memerlukan Melayu jenis Anwar yang boleh diperalatkan dan digula-gula dengan jawatan dan wang ringgit tetapi dalam masa sama parti serpihan PAP itu bermaharajalela mencatur politik Malaysia.

Pada PRU 2013, permainan licik DAP makin ketara apabila tetap membonekakan Anwar sebagai Ketua Pembangkang meskipun keputusan mencatatkan parti 'anak butir tahi PAP' itu  mempunyai Ahli Parlimen paling ramai di kalangan PR di Dewan Rakyat dengan DAP (38), PKR (30) dan PAS (21).

Itulah kelicikan berpolitik DAP untuk mencapai misi parti mereka, parti itu sanggup memboneka, memberi wang dan jawatan kepada individu Melayu seperti Anwar..

DAP kehilangan tokoh untuk diperalatkan selepas Anwar dipenjarakan. Walaupun Wan Azizah menggantikan tempat Anwar, namun Wan Azizah seperti tidak wujud.

Kelemahan karisma Wan Azizah menyebabkan kepimpinan ustaz Hadi semakin menyerlah, namun Kit Siang menolak ustaz Hadi memimpin PR kerana Presiden PAS itu tidak boleh diperalatkan dan dirasuah dengan habuan jawatan dan duit seperti Anwar.

Bimbang dengan kemaraan ustaz Hadi menjadi saingan Kit Siang dalam PR pada  23 Mac 2015, DAP membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS.

Bayangkan Kit Siang terpaksa menggunakan 30 orang anggota CEC DAP semata-mata untuk membincangkan satu batang tubuh seorang lelaki Melayu bernama ustaz Hadi.

Mesyuarat CEC DAP yang semata-mata membincangkan sosok tubuh Presiden PAS merupakan bukti ketakutan Kit Siang terhadap ustaz Hadi,


Keputusan Kit Siang yang menggunakan CEC DAP agar pelik, iaitu memutuskan hubungan dengan ustaz Hadi selaku Presiden PAS tetapi masih mahu meneruskan hubungan politik dengan 'akar umbi PAS'

Pada mulanya, ramai di kalangan rakyat Malaysia tidak faham siapakah 'akar umbi PAS' yang dimaksudkan DAP itu.

Namun selepas Jun 2015, apabila team 'pro DAP' pimpinan Ustaz Ahmad Awang  dan Mohamad Sabu tewas dalam pemilihan merebut jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS dalam Muktamar tahunan PAS kali ke-61, team ini kemudiannya keluar parti dan menubuhkan parti baharu yang dinamakan Parti Amanah Negara (PAN).


Maksudnya, 'akar umbi PAS' yang ditakrifkan DAP merujuk kepada   Ustaz Ahmad Awang (tewas jawatan Presiden PAS), Mohamad Sabu (tewas jawatan Timbalan Presiden PAS) dan Husam Musa, Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar yang ketiga-tiga mereka tewas untuk jawatan Naib Presiden PAS.

Selain itu, 'akar umbi PAS'  yang pro DAP termasuk juga Dr Hatta Ramli, Dr Dzulkifly Ahmad, Khalid Samad, Mujahid Yusof Rawa, Hanipa Maidin, Siti Mariah, Suhaizan Kayat dan lain-lain yang kesemua mereka tewas dalam pemilihan PAS.

Selepas PAN didaftarkan sebagai parti, DAP membubarkan PR bagi menyingkirkan pengaruh ustaz Hadi dan PAS.

PR kemudian diganti dengan Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai DAP, PKR dan PAN.

Walaupun  PAS berada di luar PH, namun pengaruh ustaz Hadi masih menghantui Kit Siang.

Pelbagai usaha dilakukan Kit Siang bersama sekutunya, PKR dan PAN untuk melemahkan pengaruh ustaz Hadi termasuklah memberi pelbagai label buruk dan menuduh PAS ada hubungan sulit dengan UMNO.

DAP memperalatkan Rafizi menuduh ustaz Hadi menerima dana IMDB semata-mata untuk memburukkan imej Presiden PAS itu.

Namun tuduhan itu sekadar tohmahan fitnah tanpa bukti.

Pada hakikatnya, DAP khususnya Kit Siang amat takut dengan ustaz Hadi, sekali Presiden PAS itu buka mulut dan mendedahkan tembelang DAP, ia pasti menusuk hingga ke tulang sum-sum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan