Khamis, 27 Julai 2017

PANDAI JUGA WAN AZIZAH BUAT LAWAK BILA DAH DEKAT DENGAN PRU 14



Kelmarin 26 Julai 2017 (Rabu) dalam Free Malaysia Today melaporkan Wan Azizah menyokong usul dan cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) untuk menyiasat segala tuduhan dan kesalahan Pengerusi Pakatan Harapan iaitu Tun Dr Mahathir Muhamad sewaktu era pentadbirannya selama 22 tahun.

Tambah Wan Azizah lagi beliau juga akan menubuhkan RCI untuk menyiasat 1MDB.

Kenapa Wan Azizah sanggup mengeluarkan kenyataan tersebut sedangkan mereka berada dalam satu team. Keluarga Wan Azizah juga sudah pun menjalinkan hubungan yang baik dengan keluarga Tun Mahathir.

Siti Hasmah juga sudah berdamai dengan Wan Azizah, Tun Mahathir sudah pun berdamai dengan Anwar di dalam lawatannya ke Mahkamah khas untuk berjumpa Anwar. Malah Nurul Izzah juga sanggup terbang ke United Kingdom semata-mata untuk berjumpa Tun Mahathir yang menyambut Hari Raya di kota London.

Apakah Wan Azizah bertindak untuk memuaskan hati ahli-ahli PKR yang sangat memusuhi dan membenci Tun?

Adakah Wan Azizah terpaksa bersetuju dengan desakan penyokong PKR semata-mata untuk memenangi PRU 14 sahaja?

Kita semua tabu bahawa Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim adalah ibarat abang adik dalam kerajaan. Mahathir pada tahun 1993 menyokong penuh Anwar Ibrahim untuk menggantikan Allahyarham Tun Ghafar Baba sebagai Timbalan Presiden Umno dan seterusnya menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Dalam RCI yang akan ditubuhkan tidak lama lagi akan menyiasat kerugian 30 Billion Ringgit dalam FOREX sewaktu pentadbiran Mahathir dan sudah tentu Anwar Ibrahim akan diheret ke dalam siasatan tersebut. Sanggupkah Wan Azizah melihat suaminya sekali lagi akan di sumbat ke dalam penjara jika didapati bersalah bersama Tun Mahathir?

Sudah tentu jawapannya ialah TIDAK jadi cadangan Wan Azizah untuk menyiasat salah laku Tun Mahathir hanyalah wayang semata-mata. Sama dengan wayang tongkol yang sedang bermain dalam kerajaan DAP di Pulau Pinang.