Khamis, 27 Julai 2017

MASALAH LALAT DI PERAK BILA NAK SELESAI?

Masalah lalat di negeri Perak terutama kawasan Trong, Pangkalan Baru dan Manjung sudah berlarutan sejak puluhan tahun lalu. 

Bagi penduduk kampung dan bandar terpaksa menutup tingkap dan pintu sepanjang masa. 

Pernah satu ketika pihak akhbar dan televisyen menyiarkan berita penduduk kampung terpaksa menggunakan kelambu sewaktu makan tengah hari. 

Segala nya berpunca daripada penternakan ayam secara besar besaran menggunakan teknologi yang ketinggalan zaman. 



YB Dato Dr Zabri Wahid telah membawa usul masalah lalat ini beberapa kali dlm sidang DUN PERAK dan Kerajaan Negeri telah mewujudkan  Jawatankuasa lalat yg ahli-ahli nya terdiri dari YB penyokong Kerajaan dan YB dari pihak pembangkang. 

Sehingga hari ini beberapa resolusi telah dicadangkan tetapi masalah lalat masih lagi dihadapi dibeberapa kawasan seperti Trong, Pengkakan baru, Manjung dimana kawasan ini terdapat banyak reban ternakan ayam beroperasi. 

"Saya ingin mencadangkan kepada Jawatankuasa lalat dan Jabatan  Perkhidmatan Veterinar supaya:-

1. Wajib menutup reban ayam yg diternak secara tradisional atau open sistem kerana cara ini lah yang mengundang pembiakan lalat. Keadaan basah serta kotor amat disukai oleh lalat . Apabila ayam dijual atau dikeluarkan dari reban, proses penyemburan racun dijalankan dan ketika ini lalat mula terbang ke kampung  yang berdekatan. 

2. Wajibkan penternakan secara tertutup atau moden atau close sistem yg dapat mengurangkan pembiakan lalat. Najis atau tinja dihasilkan terus diproses menjadi baja organik melalui teknik EM iaitu Efective microorganism. 

3. Jangan menjual najis atau tinja yg tidak diproses kpd pekebun kelapa sawit yg berdekatan. 

4. Pemantauan yang lebih kerap olih Jabatan perkhidmatan Veterinar. 

5. Permohonan baru utk pembinaan reban atau ternakan ayam perlu jauh dari kampung dan menepati spesifikasi jarak dan syarat-syarat lain.

Mungkin masalah lalat tidak sehebat wabak penyakit anjing gila maka ia dipandang sepi.  

Atau jabatan dan kementerian yang berkait dengan kesihatan alam sekitar terlalu sibuk dengan urusan lain.