Langkau ke kandungan utama

Gelora Pagoh Sudah Reda – MB Johor



12 OGOS 2017

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberi peringatan kepada UMNO bahagian Pagoh supaya melupai terus nostalgia kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini bersama pembangkang.

Menurutnya, UMNO sangat beruntung kerana 'gelora' di Pagoh tidak melarat kepada keretakan besar di negeri kelahiran parti keramat itu.

"Krisis yang melanda UMNO Pagoh tidak merebak.

"Ia hanya sementara dan sudah reda. Kita tidak melihat berulangnya kelumpuhan seperti UMNO di Permatang Pauh 20 tahun dahulu," katanya ketika berucap pada mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Pagoh, Johor hari ini.

Terdahulu, mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Pagoh dirasmikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Pemangku Ketua UMNO bahagian Pagoh, ‎Ismail Mohamed.

Sebelum ini terdapat anggapan pihak tertentu bahawa kerusi Pagoh yang kini disandang oleh Muhyiddin bakal menjadi seperti Permatang Pauh.

Parlimen Permatang Pauh dianggap sebagai kerusi tradisi PKR sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998.

Ketika ini, kerusi itu disandang isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga adalah Ketua Pembangkang.

Khaled yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri mengulas mengenai kemelut dihadapi UMNO Pagoh selepas Muhyiddin yang juga bekas Timbalan Presiden UMNO dan ketua bahagian dipecat daripada parti pada tahun lalu.

Tegas Khaled, UMNO Pagoh mesti beralih kepada fasa baru bagi menjelmakan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita mesti menang kerana ramai sekali yang beranggapan bahawa Pagoh berhadapan cabaran besar untuk UMNO dalam pilihan raya akan datang.

"Bagi saya cabaran dalam politik itu adalah lumrah dan akan sentiasa hadir. ‎Masakan ada perjuangan tanpa cabaran.

Masakan ada samudera tanpa gelora. Masakan Malaysia yang moden ini tidak mempunyai pancaroba. Tanpa semua itu, maka tidak adalah perjuangan," kata ADUN Permas itu.

BNBBC

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

#SIAPA_ARAH_BUNUH_ALTANTUYA?

(By: Ariff Ahmad)
Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).  
Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.
Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA  
Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene
👉1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah
a) Mokhzani Mahathir dan 
b) Ibrahim M…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…