Ahad, 13 Ogos 2017

Karier politik Dr Nurlela Ariffin bakal berkubur

Karier politik Adun Penanti Nurlela Ariffin PhD nampaknya sudah  sampai ke penghujung. Ibu kepada 4 anak ini seorang yang sangat profesional sebab itu lah, beliau berani menentang kerakusan dan kezaliman Dap yang menguasai negeri Pulau Pinang.

Beliau pernah menangis dalam sidang DUN kerana rintihan dan permintaan ditolak oleh DAP. 

Bak kata peribahasa Melayu 'tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia '.

Hari ini terbukti apabila membuktikan kehebatan beliau terhadap DAP, beliau bertindak bijak berlandaskan perundangan yang ada.

Setakat hari ini belum ada sebarang reaksi daripada pimpinan parti PKR.  Jika Anwar Ibrahim tak masuk penjara sudah tentu Nurlela kena lecture tiga hari tiga malam.

Apa kah Nurlela akan meninggalkan Pkr seperti bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang satu ketika dahulu, Dato Seri Dr Mohamad Fairus Khairuddin? , kita tunggu sahaja tindakan selanjutnya. 

Yang pasti Dap dan Lim Guan Eng mesti angin satu badan dengan  Adun Penanti.