Ahad, 20 Ogos 2017

KERAJAAN SEDIA TIMBANG RCI UNTUK SIASAT KES MEMALI JIKA ADA PERMINTAAN


Hari ini Timbalan Perdana Menteri YAB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan bersedia untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat kes Memali yang berlaku pada tahun 1995 kira-kira 32 tahun yang lalu.

TPM menyatakan sebentar tadi dalam majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bukit Gantang yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Taiping sebentar tadi.

Turut hadir dalam majlis perasmian tadi ialah YAB Menteri Besar Perak Dato Dr Zambry Abd Kadir, Exco Kerajaan Perak Dato Shaarani , Ketua Umno Bahagian Taiping Dato Shalimin Shafiee , Dato Isa Ismail mantan Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang , Dato Osman Jailu mantan Adun Bukit Gantang dan Ketua-ketua Jabatan Kerajaan.

TPM juga meluluskan pembinaan sebuah dewan serbaguna khusus untuk kegunaan Umno Bukit Gantang dengan syarat Umno dan Barisan Nasional P59 dapat merampas semula semua kerusi  yang terlepas kepada pembangkang dalam dua PRU yang lepas.  Kerusi Parlimen kini dikuasai oleh Pas, manakala dua kerusi dewan undangan negeri dikuasai oleh Pan dan Pkr.

Umno Bukit Gantang mempunyai kekuatan dan kemampuan untuk melakukan nya dengan syarat semuanya bersatu.