Selasa, 15 Ogos 2017

Mahathir sememangnya Mahafiraun

Selepas PRU 2008, satu forum pasca PRU 12 telah diadakan di Hotel Singgahsana PJ. 

Ahli panelnya Tun M dan Dr Mohamad Khir Toyo. Masa itu mereka sangat rapat. Tidak lama selepas itu Khir telah dianggap sbg musuh oleh Tun. 

Kerana Khir bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno berlawan dgn Mukhriz dan KJ. Hi...hi...hi...itulah Tun. Usik orang lain tak mengapa. Jangan usik dia punya boboi....

Berbalik kpd kisah forum itu....

Forum berkenaan dianjurkan oleh mykmu.net. Ketika sesi soal jawab, salah seorang perserta forum bernama Nizam. Dari Sg Besar. Beliau juga kenalan saya. Nick name beliau di alam maya dulu Nizam WMU 350. 

Nizam telah mencadangkan kpd Tun satu proses perdamaian dgn Anwar Ibrahim. 

Belum sempat Nizam habis cakap, dewan telah bergema kerana penyokong2 taksub Tun M marahkan beliau. 

Untuk mengelakkan Nizam dipukul atau keadaan tegang, penganjur telah bergegas melindungi Nizam dan membawa beliau keluar. 

Lihat bagaimana penganjur yg bijak mengawal keadaan supaya tidak berlaku kekecohan yg teruk. 

Tahniah Jamil Isa dan pasukan keselamatannya kerana cekap mengawal keselamatan. 

Syabas juga kpd Johari Ishak dan Ab Jalil Backer kerana berjaya menjadi penganjur yg bertanggungjawab. 

Saksi yang masih ada dan hidup hingga kini adalah Zakhir Mohamed, Salahuddin Hisham dan ramai lagilah. 

Hari ini apa jadi ? Apa yang dicadangkan Nizam dulu, kini telah menjadi kenyataan. 

Sebab itulah sifir saya dalam politik mudah saja. Jangan terlalu taksub atau membuta tuli. 

Dalam politik mcm2 boleh jadi. Yang mana penyokong Tun yang marahkan Nizam dulu , dimana hendak letak muka hari ini ?

Penulisan By Muhd Faisal