Selasa, 15 Ogos 2017

PAKATAN TIADA HARAPAN SEMAKIN CELARU

Setelah pembangkang mengamuk dalam dewan rakyat kerana speaker menolak permintaan mereka untuk membahaskan isu 1mdb kerana ianya subjudis untuk dibincangkan dalam dewan yang mulia. 

Lagi pun permintaan mereka bukannya ikhlas tetapi hanya mencari ruang dan peluang untuk membelasah perdana menteri.  

Sedangkan laporan 1mdb sudah pun boleh di beli dan semua ahli parlimen telah pun diberikan laporan. 

Bagaimana CEO berhak untuk bercakap dengan sesiapa sahaja mengenai 1mdb kerana ia tidak menyebabkan prejudis.  Yang hadir adalah semua wakil rakyat Pas dan beberapa ahli lain iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim bekas menteri besar Selangor. 

Apabila Yb Khalid Ibrahim membuat rumusan perjumpaan tersebut dan berpuas hati dengan laporan dan penjelasan Arul Kanda ianya menyebabkan Yb Dr Dzulkefly Ahmad PAN melompat dan mengkritik Khalid Ibrahim. Untuk mengetahui apa kah kritikan sila baca di bawah

Apa yang boleh dirumuskan pembangkang semakin sesak nafas. 

Mereka menuduh 1mdb mengambil wang rakyat untuk membuat pembayaran kepada IPIC. 

Padahal menteri kewangan kedua telah menjelaskan 1mdb tidak menggunakan wang rakyat kerana mereka berkemampuan untuk membuat pembayaran, kelewatan hanyalah masalah teknikal.


Berikut ada

PETALING JAYA: Pemimpin Amanah Dr Dzulkefly Ahmad hari ini mengritik bekas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kerana mengecilkan isu 1MDB sejurus selepas pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy minggu lepas.

Memanggal Khalid rakan baiknya, Pengarah Strategi Amanah itu bagaimanapun mempersoalkan bagaimana Khalid dengan angkuh meremehkan kebimbangan rakyat mengenai 1MDB.

"Khalid sudah melakukan kesilapan kerana tidak mengutamakan kebimbangan itu apabila dia mengecilkan tipu helah di 1MDB.

"Dia sepatutnya menggunakan kelayakannya untuk memberi tanggapan yang semua pelaksanaan rasionalisasi aset itu satu usaha menyelamat besar-besaran, bukannya mencari peluang politik dalam isu 1MDB," kata Dr Dzulkefly dalam kenyataan hari ini.

"Jika penstrukturan semula hutang itu menunjukkan kemajuan, proses menyelamatkan 1MDDB tidak boleh dikatakan tidak relevan apabila ia penting dalam usaha mengekalkan penstrukturan hutang itu."

Ini kerana "rancangan penstrukturan semula hutang itu tidak menafikan kewujudkan usaha menyelamat. Ia sebahagian daripada rancangan itu"," katanya.

Beliau kemudian menjelaskan 3 ciri usaha menyelamat seperti berikut:

1. 1MDB hanya boleh bangkit dengan bantuan kerajaan dan rakan kongsi luar negara.

2. Ia mampu menyampaikan faedah kerana suntikan dana dan bantuan kredit kerajaan kepada 1MDB.

3. Pemegang hutang 1MDB diberi atau sudah diberi jaminan baharu dan ganti rugi yang boleh diterima mereka.

"Jika pelaksanaan rasionalisasi perlu dibiaya sampai tahap di mana hutang baharu dan atau ekuiti RM42 bilion seperti dicadangkan Khalid itu, jadi ini bermakna ianya satu usaha menyelamat.

"1MDB mungkin akan melangsaikan hutangnya tetapi hanya dengan mengurangkan simpanan tunai Perbendaharaan dan menekan 'sovereign risk rating' negara dengan setiap jaminan atau ganti rugi yang diberikan apabila diperlukan dalam pelaksanaan rasionalisasi itu," kata Dr Dzulkefly.

Beliau mengkritik Khalid kerana lupa menyoal Arul mengenai butiran rancangan penstrukturan semula hutang dan rancangan perniagaan.

"Sebaliknya, dia cuba menjelaskan ketidakbolehan 1MDB melaksanakan komitmen kewangan dan tanggungjawab kerana kesan daripada tuduhan penggelapan dan ketirisan.

"Itu seperti tidak boleh menerima kenyataan, jika bukan perbuatan keji," kata Dzulkefly

Pada 7 Ogos, ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu menyertai ahli Parlimen PAS dalam mesyuarat dengan Arul Kanda yang menjelaskan rancangan rasionalisasi syarikat milik negara itu.

"Khalid berkata dia puas hati penstrukturan semula hutang dalam 1MDB menunjukkan 'kemajuan dan isu menyelamatkan 1MDB tidak relevan', kata Dr Dzulkefly, yang berkata beliau harus mematahkan hujah Khalid selepas terdengar kenyataan itu.