Rabu, 23 Ogos 2017

MP SELAYANG WILLIAM LEONG LETAK JAWATAN BIRO POLITIK PKR

PAN JUGA PENTING UNTUK KEMENANGAN PKR DI SELANGOR

MENCARI KERJASAMA UNTUK MEMANG SELESA DI SELANGOR 

MULA MENUNJUKKAN BANTAHAN TERHADAP KERJA SAMA PKR DAN PAS.


Ahli Parlimen PKR Selayang William Leong Jee Keen (60) meletakkan jawatan dalam Biro Politik PKR kerana tidak bersetuju dengan tindakan PKR untuk meneruskan perbincangan dan kerjasama dengan Pas.

William juga menyatakan bahawa beliau tidak akan mempertahan kan kerusi Parlimen Selayang dan tidak akan menerima tawaran untuk bertanding dalam mana-mana kerusi untuk PRU 14.

Ini berikutan pertemuan antara Azmin dan Wan Azizah yang melawat Presiden Pas YB Hj Hadi Awang di hospital selepas menjalani pembedahan.

Tindakan William menunjukkan parti PKR Selangor berada dalam situasi tertekan. William faham sangat bahawa PKR sebenarnya lemah dan hanya bersandarkan harapan dan kekuatan Pas untuk menang di Selangor dan negeri-negeri lain

Azmin juga sedar bahawa beliau perlu bergantung kepada kekuatan Pas untuk mengekalkan kerusi Menteri Besar untuk sekurang-kurangnya sepenggal lagi.

Umum sedia maklum bahawa Pas sudah pun  berputus arang dan berkerat rotan dengan parti serpihannya iaitu PAN yang kini di bawah ketiak Dap.

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar membuktikan betapa tegangnya hubungan Pas dengan PKR, DAP dan PAN.

Pas harus menjadi anak jantan untuk tidak tunduk dengan cubaan Dap untuk berbaik semula semata- mata untuk menghalang kemaraan Barisan Nasional merampas semula Selangor dan Pulau Pinang.

Kita juga sedia maklum bahawa Lim Kit Siang sudah pun berpindah tempat mengundi dari Gelang Patah Johor ke Pulau Pinang. Tujuan sebenar Lim Kit Siang adalah untuk memastikan Dap terus berkuasa di Pulau Pinang.

PRU 14 Lim Kit Siang tidak akan bertanding kerusi Parlimen dan akan tumpukan kapada kerusi DUN untuk menjadi Ketua Menteri menggantikan anaknya Lim Guan Eng.

Guan Eng kini berdepan dengan kes rasuah dan salah guna kuasa, ramalan menyatakan  99% Guan Eng bersalah dan menerima hukuman.