Selasa, 22 Ogos 2017

AZMIN ALI TAK PERLU GUNDAH GULANA DENGAN SPRM JIKA TAK BERSALAH










Aktivis Badrul Hisham Shaharin hari ini menyerahkan beberapa dokumen bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap isu bayaran kontrak Universiti Selangor (Unisel).

Beliau yang lebih dikenali sebagai Chegubard berkata ia merangkumi perjanjian Unisel dan kontraktor Jana Niaga Sdn Bhd, surat menyurat antara kedua-dua pihak, invois bayaran dan dokumen perundangan.

Bekas pemimpin PKR yang dipecat itu berkata beliau memperoleh dokumen-dokumen itu sejak bulan lalu daripada sumber yang enggan didedahkannya.

Dalam sidang media di SPRM Selangor itu, beliau bagaimanapun tidak mengedarkan atau mendedahkan kandungannya kepada media.

SPRM hari ini dilapor menyerbu Unisel, pejabat Menteri Besar (Pemerbadanan) (MBI) dan Jana Niaga.

Tindakan itu dipercayai susulan laporan ke atas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan MBI berhubung pertikaian antara Unisel dan Jana Niaga.

Jana Niaga dituduh menerima bayaran walaupun gagal memenuhi kontraknya bersama Unisel.



SHAH ALAM: Kerajaan negeri kesal dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu Universiti Selangor (UNISEL) di sini dan Bestari Jaya.
Yang turut diserbu, pejabat Menteri Besar Diperbadankan (MBI) di Bangunan Darul Ehsan, di sini.
Pengarah Komunikasi Strategik, Pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong, mendakwa serbuan itu tindakan terancang bertujuan menjejaskan imej kerajaan negeri.

YIN Shao Loong
"Kerajaan negeri akan memberikan kerjasama kepada SPRM, namun pada masa sama mempertahankan prinsip kebertanggungjawaban dan integriti dalam urus tadbir kerajaan negeri dan anak-anak syarikatnya," katanya dalam satu kenyataan.
Shao Loong berkata, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Nik Nazmi Nik Ahmad dan MBI sudah mengeluarkan kenyataan rasmi pada 25 dan 27 Julai lalu berhubung dakwaan terhadap isu Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).
"Tindakan Kerajaan Selangor berhubung perkara ini adalah berdasarkan keputusan mahkamah, yang mana pihak terbabit bersetuju untuk penyelesaian di luar mahkamah.
"Penyelesaian yang dimuktamadkan antara UNISEL dan JNSB adalah berdasarkan urus tadbir yang baik dan langsung tidak membabitkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali secara peribadi atau atas kapasiti individu yang membuat keputusan penyelesaian pertikaian berkenaan," katanya.
Ketika ini, Mohamed Azmin, Nik Nazmi dan Ketua Pegawai Operasi MBI, Soffan Affendi Aminudin kini berada di luar negara untuk lawatan kerja ke Eropah.
Sementara itu, Nik Nazmi dalam satu kenyataan berasingan, berkata kerajaan negeri, UNISEL dan MBI sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa.
"Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pendekatan penyelesaian pertikaian yang diambil oleh JNSB dan UNISEL adalah diputuskan pada peringkat Lembaga Pengarah.
"Oleh itu, kita serahkan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan," katanya.
NOTA KAKI

TAK APA LAH AZMIN ALI OOOIIII...KALAU TAK BERSALAH APA NAK DITAKUTKAN. 

ANDAI KATA ADA SALAH LAKU MEMBABITKAN MENTERI BESAR ELOKLAH LETAK JAWATAN.