Selasa, 22 Ogos 2017

PKR DAN DAP BEREBUT KERUSI DI KULIM



Lim Kit Siang dimalukan PKR apabila kenyataannya menuntut kerusi Gurun dan Kulim disanggah secara terbuka oleh Johari Abdul,  ahli politik yang sangat junior berbanding diktator DAP itu.

DAP dan PKR saling berebut dua kerusi itu. 


Pada PRU13, PKR gagal memenangi dua kerusi itu dengan kekalahan majoriti tipis. Johari berkata, kerusi kalah majoriti tipis perlu dikekalkan pada PKR kerana parti itu tidak pernah menuntut kerusi daripada DAP di Johor. 

Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata sanggahan terbuka Johari itu bukan saja menjejaskan kewibawaan Kit Siang sebagai ahli politik senior tetapi juga telah memalukan Ketua Pembangkang paling lama itu.

Apatah lagi, Tian Chua juga pernah menyanggah kenyataan Kit Siang yang menuntut dua kerusi itu daripada PKR.

DAP dan PKR akan terus bergaduh menjelang PRU14 kerana berebut kerusi seperti berlaku di PRN Sarawak. Mereka akan saling menjatuhkan satu sama lain kerana tamak kuasa tanpa ada rasa hormat sesama mereka.
Kulim dan Bandar Baru di menangi oleh YB Dato Abd. Aziz Sheikh Fadzir dari Barisan Nasional menewaskan Dato Saifuddin Nasation Ismail daripada PKR.





Manakala Dun Gurun pula dimenangi oleh YB Dato Leong Yong Kong dari Barisan Nasional