Selasa, 22 Ogos 2017

RUMAH RAKYAT PUN KERAJAAN NEGERI SELANGOR GAGAL AMBIL BERAT


Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar hari ini mencabar Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk berdebat mengenai pengurusan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Beliau berkata cabaran itu dibuat kerana sejak akhir-akhir ini kerajaan negeri Selangor dan Mohamed Azmin sering mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan termasuk menyalahkan kerajaan pusat berhubung masalah PPR di negeri itu.

"Kita boleh debat atau bincang dalam forum tentang perkara ini. Cari pihak berkecuali sebagai penganjur, ketepikan isu politik kepartian dan kita bincang berdepan dan bukan hanya cakap di luar. Lihat siapa yang betul-betul nak bela rakyat," kata beliau.

Cabaran itu dibuat Noh sewaktu berucap pada Majlis Ramah Mesra dan Penyerahan Kunci PPR Lembah Subang 2 dekat sini, hari ini.

Antara tindakan yang dipersoalkan Noh adalah kenyataan Mohamed Azmin yang mendesak Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjual unit-unit di PPR Lembah Subang 1 yang baru diambil alih KPKT daripada kerajaan negeri Selangor.....