Jumaat, 11 Ogos 2017

Sim Tze Tzin Biadap, Sengaja memburukkan Projek Rumah PR1MA



KELMARIN AHLI PARLIMEN BAYAN BARU SIM TZE TZIN MEMBUAT SIDANG MEDIA DI DEWAN PARLIMEN DENGAN TUJUAN MEMBURUKKAN PR1MA DAN IANYA SATU PERBUATAN BERNIAT JAHAT.

SIM TZE TZIN SEBANGAI AHLI PARLIMEN YANG CELIK ICT SEPATUTNYA MELIHAT LAMAN WEB RUMAH PR1MA DAN LAIN-LAIN KENYATAAN MEDIA YANG DIKELUARKAN OLEH PR1MA

JIKA DIA MEMBACA KENYATAAN MEDIA SEPERTI DIBAWAH SUDAH TENTU BELIAU TIDAK AKAN MEMBUAT KENYATAAN BODOH .

ADALAH DIHARAPKAN PIHAK PR1MA DAPAT MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP WAKIL RAKYAT BAYAN BARU YANG SENGAJA MEMBUAT TOHMAHAN JAHAT.

BERIKUT ADALAH KENYATAAN MEDIA YANG TELAH DIBUAT PADA BULAN NOVEMBER 2015. 




65,000 UNIT RUMAH PR1MA DALAM PEMBINAAN - 10,000 UNIT RUMAH AKAN SIAP PADA 2016

KUALA LUMPUR, 27 November 2015 – Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yakin dapat memenuhi mandatnya untuk membina rumah-rumah yang mampu dimiliki oleh golongan yang berpendapatan pertengahan dengan 65,000 unit rumah mereka sedang dalam fasa pembinaan di seluruh negara.

Rumah-rumah ini sedang dalam pelbagai peringkat pembinaan dan dianggarkan sebanyak 10,000 unit rumah PR1MA yang akan dijual pada harga purata 20% lebih rendah dari pada harga pasaran akan siap tahun hadapan.

Dengan penggunaan kaedah berteknologi tinggi seperti Sistem Binaan Berindustri (IBS), PR1MA yakin akan dapat mempercepatkan dan menambah baik proses-proses pembinaan rumah PR1MA di masa hadapan.

“Kami sedang berbincang dengan beberapa rakan kongsi yang berpotensi untuk membantu kami dalam membina lebih banyak rumah-rumah PR1MA. Kami berharap agar lebih banyak pihak tampil untuk membantu” kata Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Dato’ Abdul Mutalib Alias.

Di bawah Agenda Perumahan Negara, PR1MA yang ditubuhkan pada tahun 2012 telah diberi mandat untuk membina 500,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara untuk golongan berpendapatan pertengahan dengan kualiti yang sama dengan rumah-rumah lain di pasaran terbuka.

Abdul Mutalib berkata, PR1MA sedang membina sebanyak 65,000 unit rumah dalam tempoh hanya dua tahun setengah penubuhannya, harus dipuji jika dibandingkan dengan output purata industri pembinaan negara di antara julat 50,000 hingga 80,000 unit rumah pelbagai kategori, yang dibina oleh pelbagai pemaju, dalam masa setahun.

“Melihat kepada angka ini sahaja, PR1MA boleh dikelaskan sebagai pemaju hartanah terbesar di Malaysia. Kami menyedari cabaran yang akan kami hadapi dan kami akan mengharunginya dengan tenang.”

“PR1MA ditubuhkan untuk kebaikan rakyat. Mudah-mudahan kami akan berjaya bukan sahaja dalam menyediakan rumah untuk rakyat, tetapi juga dalam memain peranan untuk membuat anjakan paradigma dalam sektor hartanah negara,” ujarnya.

Sementara itu, selepas kejayaan penganjuran di Kedah dan Melaka, PR1MA membawa jelajah hartanahnya, Ekspo Rumah PR1MA 2015, ke Kuala Lumpur - untuk mempamerkan pelbagai projek-projek perumahan mampu milik yang berkualiti di seluruh negara untuk warga kota.

Dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, acara tiga hari itu akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dari 27 November hingga 29 November 2015.

Mengumpulkan sebanyak 84 pemaju di bawah satu bumbung di mana sejumlah 98 projek akan dipamerkan, Ekspo Rumah PR1MA ini adalah yang terbesar setakat ini bagi sesi jelajah 2015.

Antara aktiviti lain yang akan turut diadakan termasuklah sesi undian dua projek PR1MA di Lembah Klang serta penyampaian Surat Tawaran kepada pembeli rumah PR1MA @ Kuala Ketil yang berjaya.

Projek-projek PR1MA yang akan diundi sepanjang tiga hari berlangsungnya Ekspo Rumah PR1MA @ Kuala Lumpur adalah superti berikut:



Pada masa yang sama, PR1MA telah memeterai satu perjanjian perkongsian strategik yang akan menyumbang ke arah pembangunan komuniti rumah PR1MA yang positif dengan PERMATA yang merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Perkongsian ini akan menyaksikan penubuhan pusat jagaan kanak-kanak PERMATA PR1MA dan program komuniti di pembangunan PR1MA terpilih.

Program-program ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan: Pusat Jagaan Kanak-kanak PERMATA PR1MA untuk kanak-kanak yang berumur di antara 1 hingga 4 tahun dan PERMATA Perkasa @ Pusat Komuniti Remajauntuk belia yang berusia di antara 15 hingga 25 tahun.

Pembangunan PR1MA tidak memberi tumpuan kepada aspek pembangunan fizikal semata-mata tetapi juga akan merangkumi aspek-aspek lain yang pending ke arah membina sebuah kehidupan masyarakat yang bersepadu dan holistik.

“Terima kasih di atas sokongan padu yang diberikan oleh PERMATA. Kami mengalu-alukan rakan-rakan kongsi yang lain, sama ada daripada pihak berkuasa yang berkaitan, syarikat berkaitan kerajaan serta pakar-pakar industri untuk bekerjasama dengan kami. Ayuh sama-sama kita berganding bahu untuk membina persekitaran kehidupan yang kondusif dan harmoni yang berkualiti untuk ahli komuniti PR1MA,” tambah Abdul Mutalib lagi.

Setakat ini, Ahli Perbadanan PR1MA (MOC), telah meluluskan sebanyak 190 projek di seluruh negara, yang terdiri daripada 227,776 unit rumah PR1MA.

Daripada jumlah unit itu, 6,172 unit adalah di Kuala Lumpur dan 4,636 unit sudah berada dalam perlbagai peringkat pembinaan. sebanyak 34,567 unit adalah di Selangor dan 5,081 unit pula, sudah dalam pelbagai peringkat pembinaan setakat ini.