Sungguh melucukan, 2 minggu lepas pakat pakat angkat tangan sambil baca ikrar bebas rasuah. Semalam juga Ahli Parlimen DAP dari Taiping Bacul Nga Kor Meng cuba menempelak menteri kabinet Malaysia dalam isu rasuah, tup-tup malam tadi SPRM dan beberapa agensi lain telah menyerbu sebuah kilang haram di Pulau Pinang.
Hari ini terdedah sebuah cerita penuh, seorang exco kerajaan Lim Guan Eng Apek Phee Boon Poh (65) adun dari Sungai Puyu di tahan oleh pihak SPRM dan akan didakwa di mahkamah.
Apek ini sebelum menjadi ADUN adalah ahli perniagaan packaging industry milik keluarga ( PBA HOLDINGS BHD). Sebelum itu apek bayat ini hanyalah seorang supervisor di sebuah kilang dari tahun 1970 hingga 1980.
Apek ini gemar aktiviti sukarela dan beliau adalah Pengerusi Pasukan Peronda Sukarela yang diharamkan oleh KDN.
Kemuncak kehebatan PRS ialah mereka mengejutkan negara dengan menyertai perarakan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2014. Apek Phee Boon Poh ditahan polis kerana engkar arahan polis. Kesemua 150 ahli pasukan haram ditangkap dan di tahan di balai polis Timur Laut.
Apek Phee adalah Exco Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar. Sebelum ini beliau sering mendakwa Barisan Nasional adalah parti mengamalkan rasuah.
Apek ini sememangnya seorang yang banyak buat hal dalam kerajaan negeri, beliau pernah mengugut untuk meletakkan jawatan kerana tidak puas hati terhadap Guan Eng.
Pernah juga dalam sidang DUN, kesemua adun BN keluar dewan kerana sikap bongkak yang suka menyindir pihak lawan.
Pada tahun 2009 rumah kedai dan pusat khidmat beliau disimbah cat merah. Beliau juga dibenci oleh penjaja Melayu kerana sikap nya yang gemar menggunakan kekerasan terhadap panjaja.
Apek bayat adalah exco alam sekitar tetapi dia sendiri tidak amanah kerana memiliki kilang haram yang dibuat atas tanah pertanian. Kilang haramnya juga menyebabkan kerosakan alam sekitar.
Memang padan dengan muka apek ini. Sekali ini sah masuk jel. Dahulu merekalah yang menentang kilang Lynas di Kuantan Pahang.
Sent from Samsung tablet.