Sabtu, 7 Oktober 2017

SPRM – AUDIT ATAU TIDAK UNTUK DI AUDIT - BAHAGIAN 2

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=765650663635436&id=446889475511558


Oleh:AYAHANDA MD
Masa:3.00 petang
Tarikh:1/10/2017

Dari Bahagian 1 ........

Perkara yang telah berlaku di SPRM yang menimbulkan banyak persoalan tentang hasil “autonomi” yang diberikan kepada SPRM termasuk:

(i)            Bekas pengarah anti-rasuah, Bahri Mohamad Zain, yang menyebabkan kekecohan baru-baru ini apabila dia bersara awal lagi menjadi tumpuan semula, kali ini dituduh menyalahgunakan kuasa.

Bahri didakwa telah melakukan siasatan polis terhadap isterinya dalam pertikaian berhubung kehendaknya.

Bahri, yang merupakan bekas pengarah Bahagian Operasi Khas (SPRM) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), didakwa telah menyalahgunakan kuasa untuk memastikan tiada tindakan diambil terhadap laporan polis yang dibuat terhadap isterinya.

Kemungkinan perkara ini boleh terjadi sudah cukup untuk kita bayangkan satu keadaan dimana kuasa yangn diberikan tidak ada yang memantau dari luar. 

(ii)          Datin Noor Haslina Abdullah, isteri kepada Bahri telah memberi pendapat kes dibawah siasatan SPRM pada halaman Facebooknya yang berdasarkan informasi rahsia.

Mengikut undang-undang, siasatan yang dijalankan oleh SPRM dan PDRM diklasifikasikan dan dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi.

Apabila isteri-isteri para pegawai SPRM mempunyai akses kepada maklumat sulit ini dan boleh membicarakannya di halaman Facebook mereka, ini sangat mencemaskan.

(iii)        Sejak Disember 2014 maklumat dan dokumen rahsia telah muncul di laman web pembangkang dan portal berita.

Bagimana perkara sebegini ini boleh berlaku?

(iv)        Rosli Dahlan, seorang peguam, telah ditahan dengan kejam dihadapan kakitangannya di pejabatnya, enggan memberikan rawatan perubatan untuk kecederaan yang dialaminya dan kemudian membuat tuduhan di mahkamah hanya sehari sebelum Hari Raya tahun 2007.

Rosli menyaman SPRM atas salah guna kuasa dan Mahkamah Tinggi KL juga telah memerintahkan SPRM dan NST kerana fitnah terhadap Rosli dan memerintahkan mereka membayar RM300,000.

Ramai melihat SPRM sebagai alat untuk agenda agenda orang tertentu untuk memberi tekanan kepada yang tidak bersalah.  

(v)          Kes Teo Beng Hock, yang telah meniggal waktu dalam tahanan SPRM menimbulkan banyak persoalan tentang apa yang berlaku didalam SPRM.

Tidak cukup untuk SPRM menukar SOP atau cara mereka jalankan tugas.  Nyawa satu manusia telah hilang.  Bahawa perkara sebegini boleh berlaku menunjukkan kebebasan dan autonomi yang diberikan tampa pemantauan dari luar mungkin bukan perkara yang bijak.

(vi)        Tuduhan disiapkan sebelum siasatan tamat – perkara ini tidak perlu untuk dihuraikan.  Cukup untuk faham bahawa ini bukan satu cara betul.*

Perkara perkara sebegini menunjukkan SPRM terlibat dalam agenda dan permainan politik.  Dimana “non partisan” professionalisme SPRM?

(vii)       Kebocoran berlaku.  Banyak dokumen dokumen siasatan telah jatuh ketangan pihak yang tidak sepatutnya termasuk media.

Bukan hanya ini perkara yang tidak sepatutnya berlaku, jauh mana SPRM dapat menyelidik perkara ini tanpa membuka kelemahan mereka sendiri?

(viii)     Ayah kepada ahli Parlimen DAP Lim Siew Khim yang ditangkap kerana rasuah perumahan pada 2016. Dengan bukti video ia sepatutnya menjadi kes yang senang dan cepat. Apa yang berlaku kepada kes itu?  Ini diantara beberapa kes yang boleh dianggap “high profile” yang bermula dengan panas tapi makin lama makin dingin.

(ix)         Isu perlombongan bauxite.  Bukan ikan kecil yang patutnya menjadi sasaran.

(x)          Isu kilang haram carbon filter di Sungai Lembu dimana ramai yang menganggap bahawa ada orang atasan negeri yang terlibat.


Perkara dan tuduhan tuduhan diatas adalah sebahagian dari senarai yang lebih panjang yang telah berlaku yang menyentuh prestasi SPRM.

Jikalau SPRM dapat melakukan pamantauan sendiri dengan efektif pasti perkara perkara diatas tidak menjadi persoalan dan buah mulut orangramai tentang cara SPRM menjalankan fungsi dan tugas.  

PENGALAMAN DARI LUAR NEGARA

Di Amerika, FBI adalah satu agensi yang diberikan autonomi penuh.  Tapi FBI tetap harus menjawab kepada dan bertanggungjawab kepada komitee Senat dan Kongress Amerika antara yang lain.  Mereka juga dibawah AG dan harus lapor kepada AG.  Kenapa?

Kerana dalam satu demokrasi, akauntabiliti menjadi satu sistem untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa.  Ini tidak dapat dielakkan.  Amerika telah mendapat pelajaran ini dari kesilapan mereka di waktu J Edgar Hoover yang telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Direktor FBI.  Malah, Hoover sangat berkuasa hingga tiada Presiden Amerika yang berani menyentuh dia di zaman dia masih menjadi Direktor FBI.  Dari pengalaman ini cara FBI dipantau diubah.

Kita juga harus mendapatkan pelajaran dari pemgalaman Amerika.  Tiada agensi, lebih lagi agensi yang diberikan kuasa yang besar, harus bebas dari akauntabiliti.

IMEJ SPRM - AUTONOMI

Lim Kit Siang menganggap kes Teo Beng Hock perlu dibuka dan yang bertanggungjawab dibawa ke pengadilan.  Dia juga melontarkan tuduhan “monyet” kepada orang tertentu di SPRM.  Wan Azizah anggap SPRM tidak berkelayakan untuk membuat penyemakan kepada kandidat PH dengan soalan “Siapa SPRM?”.

Mungkin mereka memandang SPRM dari sudut politik apabila membuat tuduhan seperti diatas.  Tapi orang ramai pun persoalkan cara SPRM menjalankan tugas mereka.

Orang ramai persoalkan mengapa kes kes high profile lambat diproses untuk satu pihak dan cepat untuk pihak yang satu lagi.  Mereka bertanya mengapa kes kes sebegini bermula dengan panas tapi menjadi dingin.  Mereka menganggap kes kes sebegini bila bermula hanya satu drama untuk menunjukkan bahawa sesuatu dilakukan SPRM.

Orang ramai juga persoalkan mengapa hanya “ikan bilis” ditangkap dan “ikan jerung” masih berkeliaran di kes kes seperti kilang carbon filter dan perlombongan bauxite. 

Ramai persoalkan kenapa, perkara yang menjadi pengetahuan orangramai SPRM tidak lakukan apa apa termasuk, harga kontrak yang tinggi, proses tender bohong, pembayaran pendahuluan yag banyak tampa penghasilan bagi projek projek di Penang tidak disiasat SPRM.

Jadi tak perlulah SPRM nak bercerita tentang autonomi atau persepsi kebebasan dari pengaruh sesiapapun.  Ramai dah penat nak mendengar atau melayannya.

Sudah sampai masanya orang ramai tahu bahawa bajet perbelanjaan yang diberikan kepada SPRM digunakan dengan cara yang paling efisien untuk mencapai matlamat SPRM.

Sudah sampai masanya orangramai tahu apa yang berlaku didalam SPRM dari audit yang dijalankan dan bukan dari badan badan yang memantau SPRM dari dalam lebih lebih lagi dengan perkara perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

PENINGKATAN SUMBER

SPRM juga telah memberi beberapa kenyataan bahawa agensi memerlukan lebih sumber untuk menjadi satu agensi yang lebih efektif.  Ini termasuk sumber kakitangan dan pegawai serta aset.

Ini menjadi salah satu teguran yang dibuat oleh ketua SPRM baru baru ini.

Setiap peningkatan sumber mesti dipertimbangkan hanya setelah pihak pusat tahu bahawa sumber yang ada telah digunakan dengan cara paling efisien.  Setelah pihak pusat puas dengan data data yang ada yang menunjukkan bahawa sumber semasa ada tidak cukup untuk menghadapi cabaran yang akan datang, baru perkara ini dapat dipertimbangkan.

Bagimana ini boleh berlaku jikalau tiada audit dari pusat dijalankan?

Data dan informasi dari agensi sendiri tidak boleh dianggap sebagai berkredibiliti untuk menjadi  ukuran pertimbangan oleh pusat untuk penambahan sumber. 

Pengauditan memberikan kredibiliti kepada maklumat yang diberikan oleh pengurusan organisasi.  Sekali lagi ditekankan bahawa pengetahuan bahawa agensi, program, fungsi, atau aktiviti akan diaudit pada bila-bila masa mempunyai kesan yang luar biasa untuk memastikan disiplin dalaman dan berfungsi untuk mengurangkan salah laku oleh pekerja.

SOLUSI OMBUDSMAN

Ada negara memilih perlantikan Ombudsman sebagai satu solusi kepada perkara pemantuan badan badan dan agensi negara.

Ombudsman adalah pegawai bebas Parlimen yang bertanggungjawab untuk menyiasat tindakan pihak berkuasa awam. Ombudsman wujud untuk menangani aduan daripada rakyat biasa dan pengguna mengenai kebanyakan badan awam dan beberapa perkhidmatan di sektor swasta. 

JABATAN INTEGRITI DAN TADBIR URUS NEGARA - JITN

JITN, yang telah diluluskan oleh kabinet, akan memberi tumpuan kepada isu pentadbiran, penyampaian dan antara lain, sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Kerajaan Putrajaya (GTP).

Kerja asas JITN adalah untuk melaksanakan transformasi untuk meningkatkan tadbir urus, integriti dan kepatuhan terhadap piawaian hak asasi manusia.

Inisiatif transformasi ini memerlukan agensi penguatkuasaan, seperti SPRM, untuk mengukuhkan dan menumpukan perhatian kepada fungsi terasnya, untuk memastikan penyalahgunaan rasuah disiasat dengan teliti dan juga untuk memastikan caj yang berkesan dibuat untuk membawa pendakwaan berjaya. 

PENERIMAAN JITN OLEH KETUA SPRM

Tan Sri Dzulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhjaya SPRM telah mengeluarkan kata kata dan mengunakan Bahasa yang kasar terhadap Menteri dibawah pentadbiran DSN. Dia menganggp bahawa JITN adalah satu usha untuk mengawal SPRM dan membantah penubuhan JITN.

1.  Penubuhan agensi negara bukan urusan SPRM atau ketua SPRM. Dia tidak ada hak untuk membuat apa apa komen pun tentang penubuhan JITN.  Malah dengan membuat komen komen tersebut, Tan Sri Dzulkifli telah melebihi batasan kuasa yang diberikan keadanya sebagai ketua SPRM.

2.  JITN bukan ditubuhkan semata mata untuk memantau SPRM.  JITN adalah satu agensi yang akan mengkoordinasi dengan beberapa agensi negara lain untuk meningkatkan perkhidmatan dan integrity semua badan badan dan agensi kerajaan.

3.  JITN tidak, dengan apa carapun, menganggu autonomi SPRM.  Asalkan SPRM menjalankan tugas mereka dengan ketulusan dan tidak menyeleweng dari matlamat dan polisi negara, apa perlu SPRM takut?

4.  Ketua SPRM, dengan bersikap begitu, beraksi seperti ada yang hendak disembunyikan oleh SPRM.   Adakah ini perkara sebenarnya?


5.  Kelakuan ketua SPRM itu biadap dan sangat tidak patut memandangkan bahawa kata kata dan kelakuan ditujukan kepada Menteri dan dibuat secara terbuka. 

KESIMPULAN 

Program Transformasi Kerajaan yang telah dilancarkan oleh PM bertujuan mentransformasi kerajaan serta meningkatkan kualiti hidup semua rakyat Malaysia. Inisiatif ini mempunyai dua objektif utama bagi merealisasikan wawasan Perdana Menteri selaras dengan konsep “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” iaitu:

-   Menjadikan kerajaan sebuah entiti yang lebih efektif dan bertanggungjawab

-   Menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju, bersatu-padu, selamat dan adil dengan kualiti yang tinggi untuk semua

Ini satu program keseluruhan yang mementingkan setiap agensi kerajaan untuk kebaikan dan keuntungan negara dan rakyat.

JITN adalah sebahagian dari program itu. SPRM hanya satu dari berpuluh dari agensi, suruhanjaya dan department kerajaan. 

SPRM tidak ada istimewanya dari yang lain dari segi pandangan dan harapan rakyat dalam cara SPRM menjalankan tugas dan tanggunajawab mereka.

SPRM hanya perlu jalankan tugas mereka dengan ketulusan dan secara paling efektif.

Biarkan Menteri jalankan tugas Menteri.a