Sabtu, 7 Oktober 2017

VETERAN UMNO SOKONG LANGKAH UMNO MENYARING CALON BN

KENYATAAN MEDIA VETERAN UMNO MALAYSIA:




1. Veteran UMNO Malaysia menyambut baik langkah pucuk pimpinan BN/UMNO menyaring bakal-bakal calon BN dengan SPRM. Saringan itu diharap meliputi semua bakal calon sama ada yang baru atau yang lama. Ini bagi mempastikan semua calon BN bersih dari sebarang rekod rasuah yang boleh menjejaskan kredibiliti mereka sebagai calon.




2. Kesediaan BN/UMNO menyaring calon-calon yang akan dipertandingkan pada PRU-14 membuktikan kesediaan parti itu untuk menampilkan mereka yang benar-benar bersih saja berkhidmat pada rakyat.




3. Selain memastikan calon bebas rasuah, Veteran juga mendesak pucuk pimpinan parti supaya turut menyaring pegangan akidah calon-calon yang akan bertanding khususnya bagi mereka beragama Islam supaya memastikan calon-calon berkenaan benar-benar berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).




4. Perkara ini penting kerana Veteran amat berharap agar mereka yang tidak berpegang dengan akidah ASWJ khususnya

berfahaman Wahabi dan Syiah tidak diberi peluang untuk bertanding atas tiket BN.




5.Ia bagi memastikan kumpulan berkenaan tidak menggunakan pengaruh politik untuk mengembang dan menyebar luaskan fahaman Wahabi ataupun Syiah atau apa juga fahaman yang bertentang dengan ASWJ.




6. Menjadi harapan Veteran agar barisan pucuk kepemimpinan UMNO/BN memberi tumpuan kepada perkara ini bagi memastikan kesucian agama Islam terus terlihara dan umat Islam tidak terpengaruh dengan fahaman yang bertentangan dengan ASWJ.




Setiausaha Veteran UMNO

Datuk Mustapha Yaakub

6 Oktober 2017/ Jumaat