Ahad, 4 Mac 2018

Tol - Mahathirisme VS Pakatan

MALAM TADI DI KAKI BUKIT KG BUKIT JANA , MC KATA KEHADIRAN 10 RIBU TETAPI ANGGARAN HANYA 150O KE 2500 SAHAJA

DULU ZAMAN TUN TOLL NAIK SELANG BEBERPA TAHUN DAN KONSESI DILANJUTKAN SEBELUM BERSARA


Rafizi kata Pakatan akan hapuskan tol. Berdegar-degar dia laung dalam setiap ceramah depan penyokong-penyokong Pakatan, kononnya itulah manifesto diorang kalau menang PRU14 nanti. Tapi... boleh percaya ke?

Kenal siapa ‘Bapa Segala Tol’? Tun M lah... Tun M tu siapa? Tun M tu Pengerusi Pakatanlah yang perkenal tol masa dia jadi PM dulu. Dulu Pakatan jugak dok serang Tun M kata orang tua ni buat perjanjian berat sebelah dan untungkan kroni-kroni dia.

Nak mansuhkan tol konon, Rafizi ingat Tun M rela biarkan kroni dia kelaparan takde untung?

Bila PM Najib Razak mansuhkan 4 tol awal tahun ni, Pakatan senyap membisu, takde pun puji langkah ni. Kemudian kata Selangor pun pernah nak buat pemansuhan ni, dah 2 penggal jadi kerajaan negeri, habuk pun takde!

Sebab tu Tun M back up dasar dia dulu-dulu kata kadar tol Malaysia paling murah di dunia. Maksudnya dia nak kutipan tol tu ada lagi demi perut kroni-kroni dia.

Tak lama lepas tu, Tun M sendiri kata ada beberapa manifesto Pakatan kena pinda dan mengaku yang mereka tak boleh nak tunaikan janji kepada rakyat! Ni bukti jelas pemimpin Pakatan memang jenis cakap sedap mulut untuk dapatkan sokongan rakyat.

Baik Tun M atau Rafizi dua-dua cakap tak boleh percaya. Belum lagi Wan Azizah yang entah merapu apa dia cakap, Tony Pua yang konon terer sangat kira-kira, Mat Sabu yang sekadar tin kosong je.

Orang kata, dengar boleh, percaya jangan! Mudah-mudah je mereka bodohkan rakyat dengn janji kosong!

#TolakTunM #PakatanProDAP #TolakPakatanPRU14