Ahad, 4 Mac 2018

CERAMAH PAKATAN HAPRAK MALAM TADI TIADA PERMIT DAN DIBANTAH OLEH PENDUDUK KAMPUNG

Tindakan pakatan pembangkang mengadakan program ceramah di laluan masuk utama Kampung Bukit Jana, Kamunting, di sini, termasuk menggunakan treler sebagai pentas utama ceramah, malam tadi, menerima bantahan penduduk.

Berikutan itu, sepasukan anggota polis hadir kira-kira jam 8.30 malam meminta pihak penganjur mengalih dan mengeluarkan treler berkenaan dari kawasan berkenaan sebelum majlis bermula.

Ahli Dewan Undangan Negeri Aulong dari DAP, Leow Thye Yih dan Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Perak, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim kelihatan cuba berunding tetapi gagal.

Penganjur kemudian mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan treler berkenaan sebelum menggunakan belakang sebuah pacuan empat roda jenis pikap sebagai pentas ceramah.



TRELER yang sepatutnya digunakan sebagai pentas ceramah dibawa keluar selepas bantahan penduduk.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib, mengesahkan program dikenali sebagai Ceramah Jelajah Pakatan Harapan #Kamunting3.3 itu menerima bantahan penduduk.

"Ada laporan polis dibuat dan program berkenaan juga tiada permit," katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Ini adalah kali kedua treler yang ditaja oleh DAP gagal digunakan untuk ceramah di Kamunting Taiping. Kali pertama ialah semasa kempen PRU 13 dahulu dimana pihak Pas Kamunting cuba menggunakan treler yang sama di tapak pasar malam Kamunting tetapi terpaksa melarikan diri ke Trong kerana takut pada sekatan jalan raya oleh polis. Treler tersebut dikatakan tiada permit oleh pihak berkuasa.

Dalam ceramah yang dijadualkan dibuat di tapak pasar malam juga tiada permit polis dan mendapat bantahan penduduk setempat Permohonan asal dibuat di Kg Baru bekas ketua polis balai Slim River yang menyertai Pas.