Selasa, 3 April 2018

Isu Tanah Ijok : Kenapa Azmin Sorok Isu Tanah 2,200 Ekar?



Azmin acah-acah bawa peta terangkan pasal isu tanah Ijok dalam DUN Selangor, nak tunjukkan dia tahu benar pasal isu berkenaan. Kemudian Pejabat MB keluarkan pula laporan penjelasan 19 muka surat, sekali lagi nak kata dia betul. Walhal, terang-terang dia sebenarnya menipu! Kalau benar-benar tak salah, kenapa Azmin kena sorok dokumen penting tentang penghakiman persetujuan antara kerajaan negeri dengan LBCN Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd pada Mei 2016 yang menyebabkan isu ni terbongkar?


Isunya sekarang, kenapa Azmin tak sebut langsung perihal tanah 2,200 ekar yang menjadi milik swasta dikenali sebagai Alam Mutiara dan Alam Utama? Nak sorok apa? Zaman Khalid Ibrahim dulu dah 'settle' proses pengambilalihan tanah ni dibuat kerana dasar kepentingan awam malah dua syarikat itu jelas langgar syarat yang ditetapkan! Sekarang, bila tanah tersebut dah dibeli dua syarikat ni, apakah mereka sedia berdepan risiko beli tanah yang terlibat dalam tuntutan perundagan pengambialihan kerajaan negeri?


Bukan itu saja, Azmin pun kena jawab pasal isu pampasan RM4.4 bil bagi pengambilalihan tanas 3,200 ekar termasuk 1,000 ekar yang Khalid pernah perolehi dulu? Bak kata Khalid, jumlah pampasan Azmin 'tak masuk akal' kerana nilai yang sepatutnya adalah hanya RM2.75 bil, bukan RM4.4 yang Azmin 'mark up' itu. Apakah, dengan pendedahan ini membuktikan Azmin tunduk kepada tuntutan pemaju dan bukannya kebajikan dan hak peneroka tanah Ijok itu sendiri?

#TolakPakatanPRU14 #PakatanProDAP