Selasa, 3 April 2018

Kalau Bukan PM, DAP Tagih Dua Jawatan Penting!



Strategi politik DAP penuh muslihat. Di sebalik manifesto Pakatan menghalang sesiapa yang jadi PM memegang jawatan lain di dalam kabinet, ia sebenarnya 'membuka jalan' parti dinasti Lim itu untuk pegang jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Dalam Negeri. Malah dua jawatan itu, bagi DAP adalah sangat penting untuk mereka sebab mereka boleh kawal dasar kewangan dan perundangan, yang sekaligus membolehkan mereka mengubah struktur asas Malaysia!

Bukan itu sahaja, kesungguhan DAP melaungkan pengurangan kuasa PM juga ada 'hidden agenda'. Memandangkan mereka tahu PM perlu dilantik di kalangan orang Melayu dan Islam, maka cara begini digunakan supaya cengkaman kuasa mereka dapat dilakukan secara perlahan-lahan.

Bukti taktik DAP ini sebenarnya boleh dilihat waktu krisis MB Perak dahulu. Bila mereka gagal rebut jawatan MB Perak, DAP yang menang majoriti kerusi DUN mewujudkan jawatan khas exco kanan untuk Ngeh Ko Ham – strategi untuk lebarkan pengaruh dan kuasa DAP dalam kerajaan negeri.

Apakah parti-parti Melayu dalam Pakatan masih tak nampak kelicikan DAP ini?

#TolakPakatanPRU14 #PakatanProDAP