Rabu, 4 April 2018

Malaysia Bakal Lahirkan 5,500 Pemimpin Bertaraf Dunia 2022.



PM Najib Razak terus komited memajukan negara dengan memberi tumpuan untuk melahirkan generasi negara yang berwibawa.

Terkini beliau melancarkan program Bakat Global Malaysia (MGT ) yang bertujuan melahirkan 5,500 pemimpin Malaysia bertaraf global menjelang 2022. Program ini adalah kerjasama antara Talent Corporation Malaysia (TalentCorp), InvestKL serta disokong oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Fasa pertama program ini menyaksikan kerjasama antara 12 syarikat multinasional (MNC) global dan 10 universiti awam.  Pelbagai inisiatif dilakukan termasuklah pemindahan pengetahuan, penempatan latihan dan sesi ceramah oleh ketua-ketua pegawai eksekutif MNC.

Program yang dijalankan kerajaan ini sangat bertepatan dengan perkembangan semasa, dan ia semestinya memberi manfaat serta memberi ransangan kepada bakal pemimpin untuk menerajui ekonomi negara.

#BarisanProRakyat