Perbahasan Dato' Sri Najib Tun Razak pada hari ini jelas menunjukkan beberapa kebimbangan terhadap Bajet 2019 yang dibentangkan Kerajaan PH baru-baru ini:
1. Reaksi pasaran yang negatif jelas ditunjukkan dengan kejatuhan Bursa Saham Kuala Lumpur yang sehingga kini mengalami kejatuhan sehingga 200 mata. Keyakinan pelabur dalam dan luar negara semakin menurun dan penjualan pegangan dalam negara semakin meningkat.
2. Bajet 2019 berteraskan harga minyak mentah USD 70 setong. Kini harga minyak mentah telah menurun sehingga USD 65 setong dan sekiranya trend ini kekal maka Bajet 2019 tidak dapat dilaksanakan.
3. Kadar pertumbuhan KDNK 4.9% yang digariskan di dalam Bajet 2019 bertentangan dengan SEMUA analisis kewangan dunia malah ada yang menjangkakan lebih rendah daripada 4.0%.
4. Penarafan negatif Petronas akan melemahkan rating kredit Petronas dan pinjaman yang dilakukan meningkatkan kadar faedah sekaligus mengurangkan pendapatan Petronas dan negara dan melemahkan keyakinan pelabur terhadap Petronas.
5. Pergantungan negara kepada hasil petroleum semakin meningkat bertentangan dengan tuntutan penarafan kewangan dunia terhadap kepelbagaian hasil negara dan bukannya pada hasil petroleum semata-mata.
6. Hutang negara seperti yang dilaporkan oleh Laporan Pertengahan Penggal RMK11 telah jelas menyatakan bahawa jumlah hutang negara adalah RM686 billion, namun dijangkakan melalui Bajet 2019, hutang negara akan meningkat sehingga RM820 billion.
Kombinasi masalah-masalah yang disenaraikan ini boleh mengundang bencana ekonomi terhadap negara sekiranya Bajet 2019 tidak dikaji semula.
Bajet 2019 yang telah dibentang menunjukkan bahawa Menteri Kewangan dan Kerajaan PH tidak mengambil sepenuhnya saranan penjawat awam dan polisi fiskal yang diambil adalah terlalu kabur serta tidak menjamin pertumbuhan dan stabiliti pasaran.
#Bajet2019 #BajetGagal #BajetRakyatSengsara