Sabtu, 3 November 2018

BAJET KERAJAAN PAKATAN 2019 Dewan Rakyat.



Buat pertama kalinya, Kerajaan Pakatan membentangkan *BAJET PAKATAN HARAPAN 2019*.

Buat kali pertama juga, Menteri Kewangan *LIM GUAN ENG*  didalam pembentangannya menyebut, *HUTANG DAN LIABILITY NEGARA* adalah sebanyak RM 1 trillion ringgit. Menteri Kewangan mengaku bahawa 1 trillion bukan sahaja hutang tetapi termasuk liability negara, yang sepatutnya tidak dikira sebagai hutang.

Belanjawan 2019 PH akan memperuntukan RM 314.5 billion ringgit. RM 259.8 billion ringgit untuk mengurus. RM 54.7 billion ringgit untuk perbelanjaan pembangunan. RM 2 billion ringgit untuk simpanan luar jangka.

Bajet 2019 PH ini tidak melihatkan sebarang *INISIATIF BARU* untuk Rakyat terutama rakyat luar bandar dan rakyat miskin bandar.

*TIADA TOUCH POINT* yang khusus untuk rakyat luar bandar.

*BANTUAN SARA HIDUP @ ALA BR1M*

Kerajaan PH akan memberi *BANTUAN SARA HIDUP* iaitu bayaran *ALA BR1M KERAJAAN BN*.

i.  Pendapatan isi rumah bulanan RM2,000 kebawah akan menerima bantuan RM1,000-00 ;
ii. RM2,001 hingga RM3,000 akan menerima bantuan RM750-00 ;
iii.  RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan RM500-00 ;
iv.  Kadar tambahan BSH, RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun kebawah. Contoh pendapatan RM2,000 kebawah dan ada 4 orang anak akan menerima bantuan RM1,480-00.

Lim Guan Eng didalam ucapan beliau di Dewan Rakyat berkata, jumlah ini lebih tinggi daripada yang diberi oleh Kerajaan BN terdahulu iaitu RM1,200-00 sahaja.

Kemungkinan Menteri Kewangan tidak membuat penyelidikan yang menyeluruh. Sebenarnya, didalam *JANJI MANIFESTO KERAJAAN BN* sekiranya BN diberi peluang memerintah semula selepas PRU 14, jumlah pembayaran bantuan BR1M akan dinaikkan kepada RM2,000-00, iaitu lebih tinggi drp yang ditawarkan oleh Kerajaan Pakatan.

*2.4 JUTA RAKYAT MENDERITA*

Lim Guan Eng dengan bangganya mengumumkan bahawa 4.1 juta rakyat akan menikmati Bantuan Sara Hidup ini.

Ketika BN memerintah seramai hampir 6.5 juta rakyat dapat menikmati BR1M. Ini bermakna hampir 2.4 juta Rakyat tidak akan dapat BSH. Ini sungguh mengecewakan.

*SUBSIDI PETROL*

Kerajaan PH akan memberi subsidi petrol kpd pemilik kereta dibawah enjin 1,500 c.c. dan motor dibawah 125 c.c.

Dan akan mengapungkan semula harga petrol RON 95, dipasaran berdasarkan Automatic Price Mechanism (APM).

Ini amat berbeza dengan janji Pakatan Harapan yang berjanji akan menurunkan harga Petrol sekiranya Putrajaya milik mereka.

*PETANI, NELAYAN DAN PEKEBUN KECIL TIADA PEMBELAAN*

Petani, Nelayan dan Pekebun Kecil tiada sebarang pembelaan didalam Bajet PH 2019 ini. Tiada sebarang bantuan one off kepada mereka, walaupun harga getah dan kelapa sawit merundum jatuh.

*TOLL AKAN DI HAPUSKAN*

Kepada rakyat yang menunggu berita Toll akan dihapuskan, mereka terkejut dengan pembentangan BAJET PH 2019, apabila mendengar Kerajaan PH akan memansuhkan Toll Motosikal di Jambatan pertama dan kedua Pulau Pinang. Serta Toll Motor di Jambatan kedua Johor Singapura.

*RAKYAT TERTIPU LAGI*

Rakyat masih lagi tertipu dengan pengumuman ini.

Kerajaan PH hanya akan membekukan semua kenaikan Toll untuk tahun 2019.

*TIADA SESUATU YANG BARU UNTUK MENAIKKAN HARAPAN RAKYAT*

Sesungguhnya, Bajet 2019 tidak membawa sesuatu yang baru untuk dijadikan harapan kepada rakyat. Tiada sesuatu yang baru yang boleh menurunkan *KOS SARA HIDUP RAKYAT*.

Lim Guan Eng berkata :
*Malaysia umpama seekor Harimau Asia yang selama ini tidor lena, sekarang bangkit mengaum semula*.

*HAKIKAT SEBENARNYA*
Malaysia umpama seekor Kuching Siam yang tidor lena dan kini semakin terasing dari negara luar (China & Arab Saudi).

Salam.
*DSBA*
02 November 2018.