Jumaat, 2 November 2018

Bajet defisit PH

KENYATAAN MEDIA 
Presiden UMNO

1. Bajet 2019 tidak ada garis panduan untuk wujudkan lebih banyak peluang kerja. Bajet hanya sebut rancangan latihan dan bimbingan. Ia mengambil masa sedangkan rakyat mahu penyelesaian segera.

2. Bagaimanapun, ada yang boleh dianggap baik, khasnya penerima BR1M dan bantuan lain. Apapun, ia tidak menyeluruh.

3. Tidak ada yang istimewa untuk rakyat, terutama bagi mengatasi isu kos sara hidup mereka. Banyak berkisar pada skim kesihatan dan dividen yang longgar.

4. Ada berita baik mengenai pengguna pengangkutan awam tetapi ia lebih kepada pengguna di tempat--tempat yang ada LRT dan MRT.

5. RM314.5 bilion akan diperolehi dari mana jika kerajaan berkata hutang negara berjumlah RM1 trilion? Mana perkiraan fiskalnya?

6. Walaupun ada kebaikan, seperti RM1.2 bilion untuk kemajuan Islam, tidak ada pengkhususan langsung bagi menarik dan meningkatkan semula pelaburan asing. Dari mana kita akan dapat hasil?

7. Secara umum, ia adalah bajet yang diubahsuai daripada kerajaan terdahulu. Asasnya sudah tersedia. Tetapi tidak ada yang menarik untuk rakyat secara keseluruhan.

8. Ini bajet untuk mempopularkan kerajaan, untuk kerajaan dan bukan untuk rakyat.

Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Kuala Lumpur
2 November 2018