Selasa, 19 Februari 2019

DAP DAPAT DANA ASING UNTUK HADAPI PILIHAN RAYA



TAN SRI ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya yang kini merupakan salah seorang Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, telah mendedahkan dalam satu majlis syarahan beliau bahawa DAP mendapat bantuan dana asing untuk menghadapi pilihan raya.

Kata Tan Sri Abdul Rashid: "Kamu boleh tanya DAP tu mengapa mereka tidak bersetuju dengan (akta pendanaan pilihan raya) ini, kerana banyak dana segera masuk dari negara-negara luar. Melucukan, Singapuralah, Hong Konglah masuk, Taiwan. Banyak duit masuk, dia ada orang tengah untuk melakukannya, masuk, untuk membiayai pilihan raya." ("You can ask the DAP tu why are they not agreeing with this (electoral funding act), because a lot of splash fund they called it came from foreign countries. Funny, Singaporelah Hong Konglah masuk, Taiwan. A lot of money coming in, dia ada couriers to do it, masuk, to fund elections.")

Perlu diingat bahawa yang membuat pendedahan ini bukanlah orang biasa tetapi adalah bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, iaitu Tan Sri Abdul Rashid.

Oleh : Dr Kamarul Zaman Yusoff